MAHU Pastikan Gelaran Naib Juara Dunia MotoGP Di Sepang - Alex Marquez

Jika Alex Marquez berjaya melakukannya, ia turut mencetak satu lagi sejarah MotoGP yang menyaksikan gelaran 1 dan 2 dunia MotoGP menjadi miliki gandingan adik beradik

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/20/20251 min read

PELUMBA pasukan Gresini Ducati, Alex Marquez berharap gelaran naib juara dunia MotoGP 2025 dapat disahkan i Grand Prix (GP) Malaysia 2025, hujung minggu ini.

Jika berjaya diperoleh, ia turut mencetak satu lagi sejarah MotoGP yang menyaksikan gelaran 1 dan 2 dunia MotoGP menjadi miliki gandingan adik beradik Marquez.

Meskipun prestasinya sedikit merudum, pelumba kelahiran Sepanyol itu ketika ini memiliki kelebihan mata yang selesa di depan Marco Bezzecchi dari Aprilia Racing dengan Pecco Bagnaia terus tergelincir, peluang untuk Alex melakukannya memang besar.

Alex ketika ini memiliki kelebihan 97 mata di depan Bez dan 105 mata di depan Bagnaia yang juga rakan sepasukan abangnya, Marc Marquez yang tidak beraksi di Malaysia susulan proses pemulihan.

Apa yang menariknya, Alex menyifatkan Sepang sebagai antara trek yang digemarinya seperti Catalunya yang sering memberinya keyakinan.

Memetik laporan Crash, Alex berkata mentaliti akan menjadi kunci di Sepang.

"Kami perlu pergi ke Sepang dengan mentaliti yang sama. Tenang secara dalaman. Saya ketika ini tenang, saya tahu yang saya memberikan 100 peratus saya, tiada apa lagi yang boleh saya berikan.

“Ini hujung minggu (GP Malaysia) yang sangat penting untuk kedudukan kedua dalam kejuaraan. Bukan mudah berlumba dalam keadaan seperti ini, di litar seperti ini, apabila anda sedang bertarung untuk sesuatu yang besar,” kata Marquez.