MALANG Acosta, Tuah Bagnaia Di Motegi
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
10/5/20242 min read


PEDRO Acosta dipalit kemalangan pada penghujung Perlumbaan Sprint GP Jepun 2024, hari ini yang memberikan kemenangan kepada penyandang juara, Francesco Bagnaia di Motegi.
Memburu kemenangan pertama di MotoGP selepas meraih petak utama pertama kariernya, Acosta yang juga pelumba 'rookie' tunggal di kelas elit itu terjatuh ketika berbaki 4 pusingan.
Dan insiden yang berlaku kepada pelumba GasGas Tech3 itu memberikan Bagnaia kemenangan yang amat diharapkan dalam pemburuan kejuaraan dunia MotoGP musim ini.
Kemenangan menyaksikan Bagnaia berjaya merapatkan jurang dengan pendahulu kejuaraan, Jorge Martin yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-4.
Bagnaia begitupun terpaksa bekerja keras selepas turut diasak kuat Enea Bastianini dan Marc Marquez di pusingan terakhir.
Bastianini yang dilihat turut 'membantu' Bagnaia menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua, hanya ketinggalan 0.181 saat dan pelumba Gresini Ducati, Marquez melengkapkan kedudukan podium.
Memulakan perlumbaan dengan ketinggalan 21 mata di belakang Martin, kemenangan di Motegi menyaksikan kedudukan itu kini dibezakan kepada 15 mata.
Keputusan di Motegi turut menyaksikan Ducati membolot kedudukan 1 hingga 7 dengan rakan sepasukan Martin, Franco Morbidelli menamatkan perlumbaan di tempat ke-5 diikuti VR46 Ducati, Fabio Di Giannantonio ke-6 dan Alex Marquez (Gresini Ducati) ke-7.
Pasukan bukan Ducati terbaik adalah Jack Miller (Red Bull KTM) di tempat ketujuh dan pelumba Aprilia Racing, Maverick Vinales yang memulakan perlumbaan di petak ketiga menamatkan perlumbaan di tempat ke-8.
Pelumba terbaik pengeluar Jepun sekali lagi menjadi milik Fabio Quartararo (Monster Yamaha) di tempat ke-12 dan Luca Marini (Repsol Honda) menjadi pelumba terbaik Honda di tempat ke-13.
Keputusan Perlumbaan Sprint GP Jepun 2024
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), 21m 1.074s
Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +0.181s
Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +0.349s
Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), +2.498s
Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24), +4.326s
Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23), +4.446s
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +11.444s
Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +11.875s
Maverick Viñales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +11.947s
Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), +12.299s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +14.559s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +14.645s
Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), +15.886s
Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), +16.170s
Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), +20.522s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +24.415s
Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Racing (RS-GP24), +25.482s
Remy Gardner (AUS) Monster Yamaha (YZR-M1), +32.620s
Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), DNF
Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), DNF
Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)*, DNF
Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), DNF
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), DNF
