MALAYSIA Autoshow 2024, Apa Yang Mengujakan Di 'Pentas' Motosikal?

TERKINI

5/21/20241 min read

MALAYSIA Autoshow (MA) 2024, pameran automotif terbesar negara di Maeps, Serdang akan membuka tirainya pada 22 Mei depan (Rabu) dan berlangsung selama lima hari sehingga Ahad.

Dianjurkan oleh Institut Robotik & IoT Automotif Malaysia (MARii), MA 2024 menjadi antara acara yang amat dinanti-nanti peminat automotif dua dan empat roda negara.

Untuk tahun ini, penganjur mengumumkan lebih daripada 45 pelancaran kereta dan motosikal.

Ia termasuk model-model serba baharu (bukan kemas kini atau perubahan warna) yang diperkenalkan buat pertama kalinya.

Berikut adalah senarai jenama yang menayangkan model baharu buat pertama kali di pasaran Malaysia.

  • Honda - Honda ADV 350, Honda XL750 Transalp, Honda CB750 Hornet, Honda NX500

  • Suzuki - Suzuki GSX-S 1000GX, Suzuki V-Strom 800, Suzuki GSX-8R

  • BMW Motorrad - BMW CE 02, BMW F 900 GS, BMW S 1000 XR, BMW 1300 GS, BMW 1300 GS Option 719 Tramuntana

  • Aveta - Aveta Ranger Cub 115

  • CFMOTO - CFMOTO 450MT, CFMOTO 450NK, CFMOTO 450CL-C

  • Royal Enfield - Royal Enfield Shotgun 650

  • Harley Davidson - Harley Davidson Low Rider Tobacco Fade, Harley Davidson Ultra Limited Tobacco Fade

  • Triumph - Triumph Daytona 660

  • QJ Motor - QJ Motor Fort 350, QJ Motor SRV 700, QJ Motor SVT 650 X

  • Voge - Voge CU525

  • Benda - Benda Dark Flag 500, Benda LFC 700, Benda LFS 700

*Tidak semua melancarkan produk baharu dan akan dikemas kini

Senarai jenama yang turut ambil bahagian namun tiada pelancaran/belum diketahui:

  • Kawasaki (Eliminator, Ninja ZX-6R (Pemasangan di Gurun), Modenas, KTM, Zontes, Huqsvarna, SYM, Moto Morini, WMoto, MBP, Benelli, Keeway, Cyclone, Yadea, SuperLux, Aprilia, Moto Guzzi, Blueshark, Eclimo, Treeletrik, Ebixon, RydeEV

Selain 'mencuci mata' dengan melihat penawaran terbaharu di pasaran tempatan, turut dijalankan adalah aktiviti tunggang uji motosikal (membabitkan jenama yang mengambil bahagian).

Sebagai keselesaan 'perut' pengunjung, turut dianjurkan festival makanan dengan lebih daripada 200 jenis makanan tersedia.

Dan jika anda memang seorang yang bernasib baik, MA 2024 turut menyediakan hadian berjumlah lebih daripada RM 500k untuk dimenangi pengunjung.

Untuk maklumat lanjut mengenai MA 2024 terutama pembelian tiket, boleh layari www.autoshow.my atau ikuti laman sosial Malaysia Autoshow.