MALAYSIA Senarai 19 Pelumba Di APMC 2023 Sepang, Saingan Buka Tirai Esok!

TERKINI

9/29/20231 min read

KONTINJEN Malaysia menyenaraikan 19 pelumba bagi menghadapi edisi sulung Kejohanan Sukan Permotoran Asia Pasifik (APMC) 2023 yang dijadual membuka tirainya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), esok.

Kepada yang tak tahu, APMC 2023 adalah kejohanan sukan permotoran yang menghimpunkan pelbagai jenis disiplin perlumbaan dalam satu 'gelanggang'. Seperti pengumuman sebelum ini, kapten kepada kem Malaysia adalah pemandu berpengalaman dan pemenang perlumbaan Kejuaraan Endurance Dunia FIA, Jazeman Jaafar.

Dan senarai barisan pelumba Malaysia dalam lima acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

KARTING CUP

Cadet

1. Ethan Ng Joon Yick (Lelaki)

2. Michael Lederer (Lelaki)

Junior

1. Katrina Ee Wing Thung (Perempuan)

2. Hendra Ade Putra (Lelaki)

Senior

1. Mohamed Feroz Fezril Mohamed Fairuz (Lelaki

2. Nik Iruwan Nik Izani (Lelaki)

KARTING SLALOM

1. Aydan Khalid Muhamad Hafiz (Lelaki)

2. Adele Lew Zhi Yu (Perempuan)

RALLY

1. Sutan Mustaffa Salihin (Lelaki), Chong Victor (Lelaki)

2. Ibrahim Saladin (Lelaki), Arish Qutb Ahmad Khan (Lelaki)

3. Ezamin Ezham Ismail (Lelaki), Fazrul Akmal Khalid (Lelaki)

GYMKHANA

1. Ng Aik Sha (Perempuan)

2. Cameron Kechendai James (Lelaki)

3. Amaresh Malakar Choudhury (Lelaki)

E-SPORTS

1. Muhammad Naquib Bin Nor Azlan (Lelaki)

2. Imran Zuhaili Zolkefli (Lelaki)

Ketika pengumuman pasukannya, Jazeman menjelaskan pasukan Malaysia dibarisan gabungan pelumba dan atlet berpengalaman serta muda yang mempunyai kekuatan tersediri.

Justeru, dia yakin yang pasukannya mempunyai peluang untuk membawa pulang keputusan yang hebat termasuk mencapai sasaran yang ditetapkan selain menggunakan sepenuhnya kelebihan di laman sendiri.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) Tan Sri Mokhzani Mahathir turut yakin dengan kemampuan dimiliki pasukan Malaysia dengan kejohanan turut membuktikan kemampuan Malaysia untuk bergelar tuan rumah acara besar seperti APMC.

Sebagai info, APMC 2023 diselia dan tertakluk di bawah Peraturan Pertandingan Kebangsaan Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), yang menggabungkan Kod Sukan Antarabangsa FIA.

Disifatkan bakal merevolusikan dunia sukan permotoran di rantau Asia Pasifik, APMC 2023 diwujudkan dengan misi untuk menyediakan platform lebih mudah diakses peminat, pasukan dan juga pemandu.

Secara keseluruhan, seramai 171 pelumba daripada 23 negara di APAC akan bersaing dalam APMC 2023 di Sepang dan antara negara yang mengambil bahagian Filipina, Indonesia, Sri Lanka, Uzbekistan dan Australia.