MARC Marquez Akui Tumpuan Terjejas Di Aragon

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

6/9/20252 min read

PELUMBA Ducati Lenovo, Marc Marquez mengakui tumpuannya terganggu di sebalik kemenangan yang dirangkul pada perlumaan MotoGP Grand Prix (GP) Aragon 2025, semalam.

Selepas menjuarai dua perlumbaan pembuka musim di Thailand dan Argentina, pelumba Ducati Lenovo itu berputih mata apabila terjatuh di GP Amerika Syarikat ketika sedang selesa memimpin perlumbaan.

Kembali menang di Qatar, juara dunia lapan kali itu kemudian mengharungi detik mengecewakan di tiga perlumbaan berikutnya di Jerez, Sepanyol, Le Mans, Perancis dan Silverstone di Britain sebelum kembali menang pada litar yang pernah menghadiahkannya enam kemenangan di MotoGP sebelum ini.

"Kami bermula dengan cukup baik bermula di Thailand sehingga Jerez. Kemudian betul yang Le Mans, terutama di Silverstone kami bergelut tetapi kami dapat memahami mengapa," kata Marc memetik laporan Crash.net.

"Dan di sini saya membuat kebangkitan semua, saya merasa perasaan yang sama seperti yang saya ada ketika ujian pra-musim dan seperti pada perlumbaan pertama.

"Benar yang ia adalah minggu yang amat penting buat saya di sini kerana ia adalah kemenangan yang saya cari sejak bertahun-tahun. Ia adalah salah satu cabaran terbesar dalam karier saya.

"Tetapi kemenangan ini adalah wajib di garaj kami dan juga diri saya. Kenapa? Kerana jika saya mahu bersaing merebut kejuaraan saya tidak boleh... ok, saya mendahului, saya mempunyai kelebihan berbanding Alex (Marquez), dan lebih berbanding Pecco (Bagnaia).

"Tetapi dalam dua litar ini bagi saya, di Austin dan Jerez saya kehilangan 50 mata. Jadi ada keperluan untuk terus bekerja keras."

Marquez sepanjang minggu lalu berkata tumpuannya di Aragon adalah untuk mengelak kesilapan yang dilakukan pada musim ini dan malangnya, ia masih bermain di mindanya pada perlumbaan semalam.

"Sudah tentu, jika kami mahu bersaing merebut kejuaraan kami tidak boleh mengulangi kesilapan yang sama terutamanya seperti di Austin," kata Marquez.

"Yang lain, ok, tetapi Austin adalah kesilapan yang besar dan hari ini saya amat fokus. Kemudian pada enam, tujuh pusingan berbaki saya mula berfikir mengenai kesilapan itu, bagaimanan untuk menguruskan situasinya.

"Tetapi kemudian apabila saya melihat catatan masa dan saya menunggang dengan bawah 1 minit 47 saat tanpa tumpuan penuh, kemudian saya memutuskan untuk meningkatkan kelajuan dan fokus sekali lagi.

"Dan saya menikmati pusingan terakhir dan melepasi garisan penamat bersama Alex kerana di Jerez saya lebih sedih berbanding kebiasaan kerana dia menang dan saya tidak dapat untuk meraikannnya di podium bersamanya."