MARC Marquez Balas Kritikan
Jawapan pelumba Ducati Lenovo yang juga pemenang berganda di Assen, Marc Marquez kepada kritikan yang mendakwa pencabarnya di MotoGP ketika ini tidak memberikan cukup tekanan
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/30/20251 min read


MARC Marquez jelas bengang dengan kritikan yang mendakwa pencabarnya di MotoGP ketika ini tidak memberikan cukup tekanan.
Sebelum menjuarai Grand Prix Belanda 2025, ada pandangan yang menyatakan pencabar pelumba pasukan Ducati Lenovo itu tidak melakukan 'serangan' cukup kuat, kritikan yang dilihat terarah kepada pelumba Gresini Ducati, Alex Marquez.
Dan selepas meraih kemenangan, yang menyaksikan Marc melepasi garisan penamat dengan kelebihan tipis 0.635 saat (s), juara dunia lapan kali itu membalas kritikan berkenaan malah menegaskan yang pelumba-pelumba MotoGP agar lebih dihormati.
"Ia amat sukar," kata Marc mengulas cabaran daripada Bezzecchi memetik laporan Crash.net.
"Dan daripada soalan ini juga, saya mahu berkata kepada orang ramai yang mereka perlu menghormmati semua pelumba kerana dalam temuramah media semalam (kelmarin), mereka mula berkata 'Ah, adik kamu tidak menyerang kamu seperti pelumba-pelumba lain', dan beberapa mekanik memberitahu saya di sosial media mula bercakap mengenai banyak perkara.
"Dan hari ini (semalam) Marco, mengapa dia tidak menyerang saya? Pada akhirnya, jika pelumba di depan mempunyai tahap yang sama, pada litar seperti ini yang amat sempit, kamu tidak boleh menyerang pelumba depan.
"Jadi semalam (kelmarin) saya bertahan daripada (serangan) Alex sebaik yang mungkin dan hari ini (semalam) saya bertahan daripada Marco sebaik yang mungkin.
"Saya tahu yang mereka lebih laju di selekoh 11/12, yang juga kawasan yang laju dan paling sempit, dan jika kamu berada di garisan yang bagus mereka tidak boleh menyerang kamu.
"Dan saya juga kuat ketika melakukan brek, jadi saya mempertahankan diri dengan cara yang amat bagus. Dan dengan cara itu, saya mengambil 37 mata.
"Tetapi sekali lagi, hormati semua pelumba-pelumba MotoGP kerana kesemua mereka mempertahankan 'warna' mereka, mempertahankan pasukan mereka dan semua di grid mahu mereka menang, tetapi masalahnya hanya seorang boleh menang.
"Saya marah (Pada Sabtu)," tambah Marc ketika ditanya kepada TNT Sports. "Orang ramai perlu menghormati pelumba lain."
