MARC Marquez Balas Kritikan Vale Tapi...

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

12/16/20241 min read

MARC Marquez kembali terpalit dengan kontroversi lama membabitkan perseteruannya dengan Valentino Rossi selepas legenda MotoGP Itali itu 'menghidupkan' kembali kisah lama antara mereka, beberapa bulan lalu.

Apa yang menarik, Marquez yang masih bersaing dalam kempen MotoGP ketika itu jelas tidak mahu kembali terbabit di dalam 'perang' berkenaan dan menutup mulutnya daripada memberikan sebarang komen.

Rossi sebelum ini kembali menceritakan perseteruannya dengan Marquez khususnya bagi musim 2015 dalam satu 'podcast'.

Dan juara dunia sembulan kali itu menyalahkan pelumba kelahiran Sepanyol itu atas kegagalannya untuk menjuarai gelaran dunia MotoGP musim itu yang berlangsung penuh kontroversi.

Kini selepas kempen musim 2024 berakhir, Marquez akhirnya memberikan respon tetapi ia cukup ringkas.

"Dua orang tidak boleh bergaduh jika seorang daripadanya tidak mahu," kata Marquez memetik laporan Marca ketika ditanya mengenai situasi itu.

Seperti diketahui, Marquez akan bergandingan dengan anak didik Rossi, Francesco Bagnaia di Ducati Lenovo pada musim depan.

Begitupun, tindakan yang dilakukan Marquez ini dilihat sebagai ideal bagi mengelakkan situasi menjadi lebih keruh.

Selepas setahun beraksi menggunakan jentera Ducati GP23 pada musim 2024, Marquez dilihat dapat mengadaptasi dengan baik bersama jentera Ducati yang memberikannya pelana bersama pasukan 'kilang' Ducati.

Dan memperoleh jentera terbaik di grid dan serupa dengan digunakan Bagnaia serta perpindahan juara dunia Jorge Martin ke Aprilia, Marquez dilihat berpeluang untuk menambah koleksi gelaran dunia miliknya.