MARC Marquez Cipta Sejarah, Menang Perlumbaan Sprint Di Le Mans!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

5/10/20252 min read

MARC Marquez mencipta sejarah apabila menjadi pelumba MotoGP pertama menjuarai enam Perlumbaan Sprint berturut-turut hasil kemenangan di Grand Prix (GP) Perancis 2025 di Le Mans, hari ini.

Sekalipun sekali lagi terpaksa memulakan perlumbaan di petak kedua di belakang jaguh tuan rumah, Fabio Quartararo, pelumba Ducati Lenovo itu hanya memerlukan enam pusingan untuk mula memimpin perlumbaan.

Dan juara dunia lapan kali itu tidak lagi menoleh ke belakang dan melepasi garisan penamat sebagai juara sekali gus mengambil alih kedudukan teratas carta pendahulu daripada adiknya, Alex Marquez dengan kelebihan dua mata.

Alex dari Gresini Ducati menamatkan perlumbaan sebagai naib juara dan rakan sepasukannya yang juga 'Rookie' MotoGP musim ini, Fermin Aldeguer melengkapkan kedudukan podium.

Pelumba Monster Yamaha, Quartararo dalam pada itu terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-4.

Situasi malang dalam pada itu menimpa rakan sepasukan Marc, Francesco Bagnaia apabila terjatuh seawal pusingan ketiga ketika berada dalam posisi podium.

Sekalipun dipintas Marc pada dua pusingan awal, juara dunia 2021 itu kembali memperoleh kedudukan pendahulu malah pada satu ketika berada hampir satu saat di depan pelumba di belakangnya.

Begitupun, situasi itu tidak dapat dipertahankan Quantararo sekali pun berusaha bermati-matian sebelum Alex mengambil alih kedudukan kedua pada pusingan ke-8 sebelum terlepas kedudukan podium kepada Aldeguer.

Tempat kelima menjadi milik pelumba Tech2 KTM, Maverick Vinales yang juga pelumba KTM terbaik selepas pelumba KTM Factory, Pedro Acosta terjatuh pada selekoh terakhir pada pusingan terakhir ketika di posisi sama.

Pelumba terbaik Honda sekali lagi menjadi milik pelumba LCR Honda, Johann Zarco diikuti seorang lagi pelumba Monster Yamaha, Alex Rins dengan pelumba Honda HRC Castrol, Joan Mir meraih mata terakhir di kedudukan ke-9.

Keputusan Perlumbaan Sprint GP Perancis 2025

  1. Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), 19m 49.022s

  2. Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24), +0.530s

  3. Fermin Aldeguer (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24)*, +2.164s

  4. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +2.840s

  5. Maverick Vinales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +5.285s

  6. Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), +7.939s

  7. Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +8.367s

  8. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +8.930s

  9. Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), +9.858s

  10. Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), +11.599s

  11. Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), +12.238s

  12. Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +12.458s

  13. Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +12.540s

  14. Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)*, +13.610s

  15. Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP24), +13.752s

  16. Takaaki Nakagami (JPN) Honda Test Rider (RC213V), +15.381s

  17. Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +15.904s

  18. Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Factory (RS-GP25), +27.507s

  19. Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +28.342s

  20. Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), +44.807s

Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), DNF

Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), DNF