MARC Marquez Dah Jangka Podium Di Buriram Kekal Di Argentina

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

3/15/20251 min read

MARC Marquez meneruskan dominasinya pada musim ini di Grand Prix (GP) Argentina 2025 dan mengakui menjangkakan kedudukan podium di Termas de rio Hondo akan diisi senarai pelumba yang sama seperti di Buriram.

Seperti di Thailand, kemenangan diraih juara dunia lapan kali itu diikuti adiknya, Alex Marquez dari Gresini Ducati dengan rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia melengkapkan kedudukan podium.

Tampak seperti sukar dicabar terutama selepas memulakan perlumbaan di petak utama dengan memecahkan rekod terpantas litar, pelumba kelahiran Sepanyol itu dicabar hebat adiknya sebelum berjaya melepasi garisan penamat dengan kelebiha 0.9 saat (s).

"Bagus untuk sekali lagi bermula di petak utama dan menang Perlumbaan Sprint," kata Marquez memetik laporan Crash.net.

"Esok adalah perlumbaan utama dan kami perlu terus bekerja kerana keadaan litar berubah setiap sesi, dan saya fikir kami boleh meningkat sedikit dengan pelarasan jentera.

"Alex menunggang dengan amat pantas. Saya sentiasa memberikan tekanan, saya menunggang dengan catatan 1m37s tetapi di sentiasa di belakang saya dengan tambahan tanpa 'slipstream'.

"Saya berfikir yang jika dia menyerang saya, ini bermakna dia lebih pantas. Tetapi apabila berbaki empat pusingan, saya cuba memberikan tekanan yang lebih kepada tayar dan saya berjaya untuk lebih pantas dan menguruskan jarak pada dua pusingan terakhir.

"Saya fikir podium di antara saya, Alex dan Pecco, atau Pecco, Alex dan saya. Tidak kisah di mana posisinya kerana semua orang amat laju dan kami menunggang pada tahap yang amat tinggi."

Marc dalam pada itu menjangkakan sukar untuk mengalahkan adiknya pada perlumbaan utama.

"Sudah tentu ia kemenangan yang sukar kerana Alex sentiasa memberikan tekanan yang banyak," katanya. "Jadi pasti sukar untuk mengalahkannya esok kerana dia amat konsisten."