MARC Marquez Dapat Ducati Panigale V2S Sempena Hari Lahir Ke-32
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
2/19/20251 min read


MARC Marquez menyambut ulang tahun kelahirannya ke-32 beberapa hari lalu dan antara hadiah yang diperoleh juara dunia lapan kali itu adalah generasi terbaharu Ducati Panigale V2S.
Seperti boleh dijangka, hadiah istimewa itu diterima daripada Ducati yang turut dikongsikan dalam hantaran video di laman sosial jenama itu.
Menerusi video berkenaan, Ducati memaparkan kembali video ketika Marquez menguji dan menjalani latihan bersama jentera berkenaan di litar Aspar pada Januari lalu.
Dalam video itu, pelumba kelahiran Sepanyol itu nyata teruja dan berkata: "Saya mahukan motosikal ini sekarang!"
Dan ia kemudian dibalas Ducati: "Kami mendengar kami. Selamat hari lahir Marc, hadiah daripada kami dalam perjalanan."
Sebagai hadiah kepada individu yang dianggap penting, Ducati Panigale V2S yang disediakan oleh Ducati tampak berbeza dan tampil dengan liveri dan pelekat bernombor '93' itu.
Apa yang menariknya, 'hadiah' daripada Ducati tidak terhenti di situ dengan pengeluar Itali itu turut memaparkan video beberapa bintang ternama mengucapkan selamat hari lahir kepada Marquez.
Antara yang berada dalam video berkenaan adalah legenda tenis, Rafael Nadal, Carlos Alcaraz, Xavi, Andres Iniesta, Carlos Sainz dan Giacomo Agostini.
Di usia 32 tahun, Marquez adalah pelumba ke-2 paling tua di grid MotoGP 2025 selepas Johan Zarco (34 tahun).
Kempen MotoGP 2025 dijadual membuka tirainya pada 28 Februari ini di Thailand.
