MARC Marquez Dedah Ada Poster, Main 'Game' Sebagai Vale

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

7/18/20232 min read

SEBELUM bergelar bintang ternama dan menjulang gelaran dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez sama seperti pelumba lain malah tak dapat lari daripada menjadikan legenda Itali, Valentino Rossi sebagai idola.

Selepas merangkul gelaran dunia dalam dua kelas 125 cc pada 2010 dan Moto2 (2012), Marquez mencipta kejutan dengan menjulang kejuaraan dunia pertamanya di MotoGP dalam penampilan sulungnya pada 2013.

Ia jelas satu pencapaian yang cukup mengagumkan dan lebih menarik, menewaskan dan mengejutkan idolanya termasuk Rossi.

Mengakui kemenangan itu sebagai pencapaian terhebatnya, Marquez terus cemerlang dan meraih lima kali kejuaraan dunia MotoGP dan kali terakhir pada 2019. Dan hubungannya dengan Rossi sejak itu menjadi lebih 'profesional'.

"Saya adalah juara dunia lapan kali, enam kali di MotoGP," kata Marquez. "Jadi saya tidak dapat menggambarkan personaliti saya. Di sini, saya nampak seperti pendiam. Tetapi di atas litar, saya bertentantan daripada itu. Seperti siang dan malam.

"Apabila saya tiba di MotoGP, saya adalah kejutan yang besar bagi semua orang kepada saya menang pada tahun pertama saya melawan idola-idola saya, - Valentino Rossi, Dani Pedrosa, Jorge Lorenzo.

"Ketika saya masih kanak-kanak saya mempunyai poster, dan saya bermain permainan video sebagai Valentino Rossi.

"Kemudian pada 2014 saya memenangi kategori itu (MotoGP). Dalam karier saya, ini adalah perkara paling besar saya lakukan."

Ironinya, sejak kehadiran Marquez, Rossi yang juga juara dunia sembilan kali dan tujuh kali di kategori elit tak berupaya menambah gelaran dunia miliknya.

"Untuk menjadi juara dunia, atau menjadi yang terbaik, anda tidak perlu untuk menjadi pelumba terpantas di litar," kata Marquez memetik laporan Crash.net.

"Kamu perlu bijak, pantas, perlu mempunyai bakat, kuat bekerja. Kamu perlu menggabungkan semua itu. Saya melihat beberapa pelumba yang lebih pantas berbanding saya ketika saya masih kanak-kanak, tetapi mereka tak berjaya mengawal situasi. Mereka tidak tiba di kejuaraan dunia.

"Kamu perlu bijak. Menyerang tepat pada waktunya. Hanya fikir mengenai diri kamu. Kerana orang lain hanya mahu memintas kamu, mereka mahu mengambil tempat kamu. Kamu tidak mempunyai kawan.

"Saya adalah seorang pejuang. Keinginan itu ada dan ia sentiasa ada, sejak saya kecil lagi. Saya tidak pernah merasa cukup. Jika saya mempunyai sesuatu, saya mahukannya lebih lagi.

"Jika saya pantas, saya mahu menjadi lebih pantas. Saya adalah seoarang pejuang yang asli. Saya dilahirkan untuk ini. Apabila saya berusia empat atau lima tahun, jika saya kalah perlawanan kepada ayah atau datuk saya, saya menangis. Saya lahir dengan mentaliti ini."

Sumber imej; FB Marc Márquez