MARC Marquez Dedah Dah Reda Nak Kalah Di Barcelona
Marc Marquez mengakui bahawa dia sudah 'berputus asa' apabila Alex Marquez terjatuh semasa mendahului perlumbaan Sprint Grand Prix Catalan MotoGP, selepas dia sendiri mengalami detik cemas pada pusingan seterusnya
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/7/20251 min read


PEMENANG Perlumbaan Sprint GP Catalan 2025, Marc Marquez mengakui dia sudah pun 'menyerah kalah' sebelum adiknya, Alex Marquez berdepan kemalangan ketika sedang memimpin perlumbaan.
Pelumba Gresini Ducati, Alex yang meraih petak utama di Barcelona tampak di ambang kemenangan sebelum berdepan kemalangan pada selekoh ke-10 berbaki 4 pusingan.
Insiden itu membenarkan Marc yang berada kurang dua saat di belakangnya mengambil alih kedudukan pendahulu yang membawa kepada kemenangan ke-14 Srint pada musim ini selain kelebihan 187 mata di puncak kejuaraan.
"Perasaannya bercampur baur, sejujur-jujurnya, kerana hari ini Alax amat laju dan apabila saya melihat dia kemalangan... ini adalah harinya," kata Marc memetik laporan MotoGP.com.
"Tetapi esok (hari ini) dia akan mendapat peluang baharu. Tetapi kami juga berada di sana, sekali lagi, pada minggu di mana saya bergelut sedikit.
"Kami berada di posisi kedua. Saya cuba untuk mengejar Alex selepas kejadian itu (insiden pusingan pertama) dengan Fabio (Quartararo).
"Tetapi saya melihat yang dia laju dan kemudian saya menyerah kalah. Tetapi dengan jentera itu, dia melakukan kesilapan yang kecil."
Marc turut mendedahkan dia turut berdepan situasi menakutkan selepas kemalangan Alex pada selekoh ke-7 pusingan berikutnya namun 'terselamat.'
"Saya juga hampir hilang kawalan di bahagian depan juga pada pusingan berikutnya, saya menyelamatkan situasi dengan siku kiri. Pada dua pusingan sebelumnya juga saya memperlahkan kelajuan kerana saya berdepan situasi sukar di selekoh 10 juga.
"Saya melihat beberapa tanda hitam dan bagi saya ia lebih kepada tayar belakang mula hilang cengkaman dan kemudian meletakkan tayar depan kepada hadnya kerana ia makin sukar untuk menghentikan jentera."
