MARC Marquez Dedah Maklum Balasnya Tak Cukup Padu Di Silverstone

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

6/4/20251 min read

PELUMBA Ducati Lenovo, Marc Marquez mengakui kemerosotan prestasinya di Silverstone turut berpunca daripada maklum balas yang tidak cukup tepat kepada jurutera dan mekanik pasukannya.

Juara dunia lapan kali itu bergelut di Grand Prix British 2025, dua minggu lalu yang menyaksikannya memulakan perlumbaan di petak ke-4 dan menamatkan Perlumbaan Sprint sebagai naib juara dan Perlumbaan GP di tempat ketiga.

Tetapi apa yang lebih mengecewakan, ini kali pertama Marquez berdepan isu yang hampir sama dirasai rakan sepasukannya, Pecco Bagnaia bersama jentera Ducati GP25 setakat ini.

"Untuk mendapatkan cengkaman, kamu mungkin cenderung membuka terotel terlalu awal di beberapa selekoh. Itu sedikit merugikan anda," kata Marquez ketika perjumpaan selepas Perlumbaan Sprint menerusi video 'Inside Ducati'.

"Pada minggu ini (Silverstone) saya tidak begitu tepat dengan komen saya," kata Marquez.

Sekali pun para jurutera dan mekanik pasukan itu cuba untuk memberikan penjelasan, Marquez menjelaskan apa yang berlaku.

"Tidak, ia seperti ini. Saya tidak tahu... Saya berkata kepadanya... (ini) adalah salah satu minggu di mana kamu tidak mendapat perasaan (yang baik) bersama jentera.

"Dan komen-komen (saya) tidak begitu tepat. Itulah sebabnya kami juga mengulang semula banyak perkara, tetapi ia boleh berlaku pada minggu-minggu tertentu."

Marquez turut diberitahu yang menjalani ujian ketika minggu perlumbaan adalah sukar.

Pada Perlumbaan GP, Marquez turut berdepan kemalangan yang menyaksikannya terjatuh di awal saingan sebelum diberi peluang kedua apabila perlumbaan terpaksa dimulakan semula akibat tumpahan mintak di litar.

"Saya terlalu memberikan tekanan," kata Marquez.

Selain itu, video yang disiarkan oleh Ducati turut menunjukkan kesukaran dihadapi Bagnaia yang menamatkan Perlumbaan Sprint di tempat ke-6 dan terjatuh pada perlumbaan utama.