MARC Marquez Hebat, Tapi Tiada 'Magis' Macam VR46

Kenyataan 'panas' terhadapi Marc Marquez ini dikeluarkan bekas pelumba MotoGP, Andrea Iannone yang pernah berada di grid kejuaraan elit itu pada musim 2013 hingga 2019 sebelum digantung atas kesalahan penggunaan bahan terlarang

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

12/24/20251 min read

PELUMBA Itali yang juga bekas pelumba MotoGP, Andrea Iannone kembali mengeluar kenyataan yang boleh dianggap 'panas' apabila mendakwa juara dunia 2025, Marc Marquez tidak memiliki aura seperti Valentino Rossi.

Iannone yang pernah bersaing bersama Marquez dan Rossi sebelum ini mengakui juara dunia MotoGP 2025 itu memang berbakat besar, tetapi tidak punya karisma dan 'magis' yang membuatkan peminat tertarik dengan Rossi.

Memetik laporan GPOne, Iannone yang kini beraksi di pentas WorldSBK berkata Marquez tidak memiliki sikap dan karisma seperti Kevin Schwantz, Marco Lucchinelli mahupun Rossi.

"Tiada siapa meragui bakat dan dia (Marquez) memang laju. Tetapi dia bukan kegemaran saya, kerana saya lebih menggemari (Kevin) Schwantz atau (Marco] Lucchinelli), pelumba yang mempunyai magis, sikap dan karisma, bukan sekadar skil berlumba," kata Iannone berlumba di MotoGP di antara tahun 2013 hingga 2019.

"Saya fikir, sebagai contoh, Valentino Rossi. Marc tidak memberikan perasaan yang sama."

Iannone yang pernah memenangi perlumbaan MotoGP sebanyak sekali sebelum ini berdepan kontroversi apabila digantung selama empat tahun pada 2020. Selesai pengantungan, pelumba kelahiran Itali itu menyertai pasukan GoEleven Ducati.

Selepas merangkul satu kemenangan pada 2024, pelumba kelahiran Itali itu mengharungi kempen yang sukar musim ini selepas hanya meraih tiga kedudukan podium.

Dia akan kekal di pentas WorldSBK bagi musim 2026 bersama pasukan Cainam Racing dan kekal menggunakan jentera Ducati.