MARC Marquez Jadikan Ejekan Motivasi Di Misano
Marc Marquez kembali ke Misano pada minggu ini, lokasi yang pernah menjadi medan ejekan kepadanya berikutan sejarah perseteruannya dengan Valentino Rossi dengan memakai sut lumba berwarna merah Ducati yang menjadi kebanggaan peminat Itali
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/11/20251 min read


MARC Marquez memiliki sejarah cukup 'unik' di Litar Misano yang menyaksikannya memenangi empat gelaran juara dalam kelas MotoGP selain layanan peminat terutama ketika era persaingannya dengan legenda Itali, Valentino Rossi.
Juara dunia lapan kali itu kembali Misano pada minggu ini bersama sejarah yang penuh emosi dan kontroversi namun dengan sut lumba berwarna merah yang dibanggakan peminat Itali, Ducati.
Dan sekali pun prestasinya cukup cemerlang, sambutan peminat masih dijangka bercampur-baur dengan Ducati sendiri berharap agar peminat dapat menerima 'juara baharu' mereka ini dengan lebih terbuka memandangkan Marquez sudah membawa banyak kejayaan kepada pasukan sepanjang musim ini.
Menjelang GP San Marino 2025, Marquez berkata perlumbaan di Misano adalah 'dedikasi untuk semua peminat Ducati' pada litar yang secara tradisinya lebih 'sesuai' dengan gaya tunggangannya berbanding di laman sendiri pada minggu lalu di Barcelona.
"Perlumbaan yang hebat di Catalunya, sambutan yang menakjubkan dengan semua peminat di atas litar yang sekurang-kurangnya di atas kertas, tidak sempurna untuk karakter saya, kami meraih kemenangan pada Perlumbaan Sprint dan tempat kedua dalam perlumbaan GP," kata Marquez.
"Saya tahu Alex (Marquez) akan amat laju, malah pada sesi Latihan 1 dia memiliki rentak kelajuan yang lebih baik di sektor terakhir.
"Misano dalam pada itu, adalah litar yang lebih serasi dengan gaya saya, ia adalah minggu yang didedikasikan kepada kesemua peminat Ducati. Saya tidak sabar untuk kembali ke litar."
Dengan kekalahan di Catalunya menyaksikan peluang Marc untuk mengesahkan kejuaraan dunia di Misano tertutup, peluang itu kembali terbuk di Motegi, Jepun yang juga halaman bekas majikannya Honda.
