MARC Marquez Jatuh, Marco Bezzecchi Juara Sprint Di Misano
Memulakan perlumbaan di petak utama, Marco Bezzecchi dari Aprilia Racing yang beraksi di laman sendiri berjaya memimpin perlumbaan selama beberapa pusingan sebelum dipintas Marc sebelum kemalangan meranapkan impian pelumba Sepanyol itu
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/13/20252 min read


MARCO Bezzecchi memperoleh keraian wira ketika menjuarai Perlumbaan Sprint di Grand Prix (GP) San Marino di Misano, Itali ketika deretan lapan kemenangan berturut-turut Marc Marquez dalam perlumbaan Sabtu itu berakhir.
Lebih memedihkan bagi Marc, kegagalan untuk meneruskan deretan kemenangan itu adalah disebabkan oleh kemalangan ketika pelumba Ducati Lenovo itu sedang memimpin perlumbaan.
Daripada 15 perlumbaan yang berlangsung sebelum Misano, Marc menjuarai 14 Perlumbaan Sprint dan 1 kali bergelar naib juara sebelum rekod itu berakhir yang turut menjadi DNF pertamanya sejak COTA.
Memulakan perlumbaan di petak utama, pelumba Aprilia Racing yang beraksi di laman sendiri berjaya memimpin perlumbaan selama beberapa pusingan sebelum dipintas Marc.
Dan kemalangan yang menimpa pelumba Sepanyol itu menyaksikan Bezzecchi meraih kemenangan Sprint sulungnya musim ini selepas minggu penuh mengewakan di Catalan.
Seorang lagi pelumba Itali, Fabio di Giannantonio dari pasukan yang menjadikan Misano sebagai gelanggang sendiri, VR46 Ducati melengkapkan kedudukan podium.
Selain Marc, Fabio Quartararo daripada Monster Yamaha turut menamatkan perlumbaan dengan status DNF selepas kemalangan.
Turut mengharungi kempen mengecewakan adalah rakan sepasukan Marc, Francesco Bagnaia yang melepasi garisan penamat di tempat ke-13.
Pelumba terbaik KTM adalah Pedro Acosta yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-5 dengan pelumba yang menunggang jentera Yamaha M1 V4, Augusto Fernandez melepasi garisan penamat di tempat ke-18.
Keputusan Perlumbaan Sprint GP San Marino 2025
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), 19m 52.966s
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP24), +1.000s
Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +2.551s
Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP24), +3.526s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +6.834s
Fermin Aldeguer (SPA) Gresini Ducati (GP24)*, +6.960s
Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +9.307s
Jorge Martin (SPA) Aprilia Racing (RS-GP25), +11.027s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), +11.594s
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +12.928s
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), +15.490s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)*, +15.600s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), +16.129s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), +16.727s
Maverick Viñales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +16.861s
Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), +17.576s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +18.716s
Augusto Fernandez (SPA) Yamaha Factory Racing (YZR-M1 V4), +27.893s
Somkiat Chantra (THA) Idemitsu Honda LCR (RC213V)*, +28.333s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), DNF
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), DNF
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), DNF
