MARC Marquez Kembali Bergelar Juara, Menang Perlumbaan Sprint Di Aragon
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
8/31/20242 min read


MARC Marquez memperoleh semula sentuhan kemenangan dengan menjuarai Perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Aragon 2024, hari ini dan dilakukan dengan penuh dominan.
Selepas menguasai hari pertama semalam diikuti aksi kelayakan, pelumba pasukan Gresini Ducati yang memulakan perlumbaan di petak pertama itu tampak seperti tidak menunggang Ducati GP23 apabila memimpin perlumbaan sehingga garisan penamat.
Dan sekalipun mendapat tentangan daripada pelumba Pramac Ducati, Jorge Martin di awal perlumbaan, juara dunia sembilan kali itu langsung nampak tidak tergugat.
Keputusan itu menyaksikan Martin terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua dengan pelumba GasGas Tech3, Pedro Acosta melengkapkan kedudukan podium.
Begitupun, kemenangan pada Perlumbaan Sprint tidak menyaksikan Marquez menamatkan kemarau kemenangannya yang kali terakhir diraih pada 2021 bersama Repsol Honda.
Malang buat pelumba Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia yang memulakan perlumbaan di petak kedua apabila pelumba Itali itu tampak bergelut di awal perlumbaan sebelum menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-9.
Keputusan ditu menyaksikan kedudukan teratas carta kejuaraan MotoGP yang dipegang Bagnaia sebelum perlumbaan dirampas Martin.
Antara yang menarik adalah persembahan yang ditunjukkan pelumba Monster Yamaha, Fabio Quartararo yang berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-8 sekalipun memulakan aksi di petak ke-17.
Keputusan Perlumbaan Sprint GP Aragon 2024
Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), 19m 50.034s
Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), +2.961s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)*, +6.694s
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +9.950s
Miguel Oliveira (POR) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +11.749s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +14.144s
Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +14.291s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +18.836s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +20.298s
Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), +20.448s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +20.678s
Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), +21.429s
Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +22.110s
Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +22.440s
Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23), +23.468s
Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), +26.822s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +26.910s
Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +31.147s
Maverick Viñales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +37.642s
Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24), DNF
Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), DNF
Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), DNF
