MARC Marquez Mahu Jentera Ducati - Gigi Dall’Igna
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
10/2/20231 min read
BOS 'besar' Ducati Corse, Gigi Dall’Igna mengeluarkan kenyataan cukup menyakitkan peminat Honda apabila mengesahkan Marc Marquez mahu menunggang jentera MotoGP Ducati.
Begitupun, jangan terlalu gembira kerana apa yang dikatakan oleh Dall’Igna masih belum rasmi.
Tetapi menambah pedih peminat Honda adalah juara dunia MotoGP enam kali itu dikatakan bukan menyertai pasukan utama Ducati, namum pasukan satelit Gresini dan menunggang jentera semusim lebih tua.
Ketika ditemuramah oleh Sky Sport Itali, Dall’Ignaa berkata: "Marc (Marquez) adalah salah seorang pelumba terbaik dalam sejarah.
"Jadi dengan fakra dia memang benar-benar mahu menunggang jentera Ducati adalah perkara yang menggembirakan.
"Dia sudah memutuskan untuk meninggalkan Honda untuk jentera Ducati yang bukan rasmi (Factory), dan jika apapun yang terjadi, perkara ini menguatkan yang dia mahukan jentera kami."
Ditanya sama ada adakah ini penanda yang Marquez sudah pun membuat keputusan, Dall’Igna menjawab: "Ini adalah apa yang saya dengar, tetapi sudah tentu, ia masih belum rasmi. Saya percaya ada banyak perkara yang perlu dilakukan, dan saya fikir ia adalah kontrak yang amat rumit untuk dilanggar.
"Ada ketika yang menunjukkan dia mahu melanggarnya, dengan jelas... tetapi nampaknya pada saya ia adalah satu keputusan. Dari perspektif kami, mereka gembira."
Marquez terus bergelut pada musim ini bersama Honda dan menghuni tangga ke-15 carta kedudukan pelumba selepas sekadar mengumpul 64 mata selepas 14 pusingan berlangsung.