MARC Marquez Menang Aksi Sprint Di Lusail

Kemenangan dalam perlumbaan penuh dramatik itu membolehkan Marc Marquez pertamanya bagi mengesahkan gelaran dunia MotoGP musim ini apabila mengharungi perlumbaan utama di Lusail

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/8/20261 min read

JAGUH Ducati Lenovo, Marc Marquez menghampiri gelaran dunia MotoGP ke-8 apabila menjuarai perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Qatar 2026 yang berlangsung penuh drama.

Kemenangan dalam perlumbaan penuh dramatik itu membolehkan pelumba Sepanyol berkenaan pertamanya bagi mengesahkan gelaran dunia MotoGP musim ini apabila mengharungi perlumbaan utama.

Menyedari perlu menewaskan pencabar terdekatnya, Jorge Martin dengan kelebihan sekurang-kurangnya 5 mata bagi membuka laluan merangkul gelaran berprestij berkenaan, Marquez yang bermula di petak ke-2 tampil agresif.

Tetapi Bezzecchi yang memulakan perlumbaan dari petak pertama dan mempertaruhkan tayar medium berjaya memimpin perlumbaan sebelum kibaran bendera merah dikibarkan pada pusingan ke-2 susulan kemalangan ngeri di selekoh terakhir membabitkan Fermin Aldeguer dan rakan sepasukan Marquez, Pecco Bagnaia.

Selepas perlumbaan dimulakan semula dengan 10 pusingan, Marquez mempamerkan permulaan cemerlang untuk memintas Bezzecchi di selekoh pertama, manakala Martin pantas melonjak dari petak ke-11 ke kedudukan ke-7.

Persaingan sengit tercetus apabila Bezzecchi dan Marquez namun ketegangan memuncak pada pusingan keempat apabila Bezzecchi cuba merempuh masuk ke ruang yang terbuka susulan kesilapan Marquez yang tersasar sedikit di selekoh pertama, mengakibatkan kedua-dua jentera bertembung apabila Marquez kembali ke garisan perlumbaan.

Insiden itu menyaksikan pelumba Aprilia itu terjatuh dan peluangnya memburu kejuaraan dunia lebur, manakala Marquez terus mendahului dengan komisioner yang menyiasat insiden berkenaan memutuskan tiada tindakan lanjut dikenakan.

Sementara itu, Martin yang mempamerkan kebangkitan luar biasa berjaya menduduki tempat ke-2 dan sempat mencabar Marquez, namun dia bergelut pada penghujung saingan sehingga dipintas oleh Fabio Di Giannantonio (VR46 Ducati) untuk berpuas hati di tempat ke-3.

Kedudukan itu menyaksikan Marquez kini memiliki kelebihan 49 mata di hadapan Martin, manakala Bezzecchi jauh ketinggalan dengan 79 mata. Marquez berpeluang dinobat juara dunia di Qatar sekiranya dia memenangi perlumbaan utama dan Martin gagal mengutip sebarang mata.