MARC Marquez Menang Lagi
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
3/29/20251 min read


MARC Marquez melengkapkan hatriknya dalam Perlumbaan Sprint musim ini dengan menjuarai perlumbaan berkenaan di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat 2025 sekalipun pada satu ketika hampir terjatuh.
Memulakan perlumbaan di petak utama - petak utama kelapan buatnya di COTA, Marquez dijangka tidak berdepan kesukaran untuk meraih kemenangan pada perlumbaan 10 pusingan itu.
Tetapi permulaan sempurna menyaksikan rakan sepasukannya di Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia yang bermula di petak keenam menjadi pencabar buat Marquez di awal perlumbaan yang turut membuatkan pelumba Sepanyol itu hampir terjatuh.
Situasi itu menyaksikan juara dunia lapan kali itu tercicir ke posisi ketika sebelum merampas kembali kedudukan itu.
Marquez dalam pada itu turut dicabar sengit adiknya, Alex Marquez sepanjang perlumbaan sebelum Gresini Ducati sekali lagi terpaksa menamatkan perlumbaan sebagai naib juara.
Bagnaia dalam pada itu melepasi garisan penamat sebagai pemenang tempat ketiga.
Selain itu, lima daripada enam jentera Ducati di litar turut menamatkan perlumbaan di kedudukan lima teratas.
Pelumba VR46 Ducati, Fabio Di Giannantonio yang memulakan perlumbaan di petak kedua menamatkan perlumbaan di tempat ke-4 diikuti rakan sepasukannya, Franco Morbidelli.
Fabio Quartararo muncul pelumba terbaik Yamaha selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-6 dengan Pedro Acosta menjadi pelumba KTM terbaik di tempat ke-7.
Ia diikuti pelumba terbaik daripada Honda yang menjadi milik Luca Marini dari Honda HRC Castrol dengan Ai Ogura menjadi pelumba terbaik Aprilia di kedudukan ke-9.
Juara berganda di COTA musim lalu, Maverick Vinales berdepan malang apabila pelumba KTM Tech3 itu menamatkan perlumbaan dengan status DNF.
