MARC Marquez Mengganas Di Brno
Marc Marquez terus membuktikan kemampuannya apabila menjuarai Perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Republik Czech 2025 di Brno dan aksi yang turut menyaksikannya berjaya mengelak ancaman dikenakan penalti membabitkan tekanan tayar
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
7/19/20252 min read


MARC Marquez sekali lagi tidak mampu dihalang apabila menjuarai Perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Republik Czech 2025 di Brno yang menyaksikannya turut berjaya mengelak ancaman dikenakan penalti membabitkan tekanan tayar.
Juara dunia lapan kali itu, yang memulakan perlumbaan di petak kedua tidak memerlukan masa lama untuk merampas kedudukan pendahulu daripada Francesco Bagnaia sebelum pusingan pertama berakhir.
Tetapi selepas rakan sepasukannya di Ducati Lenovo itu dengan sengaja memperlahankan jentera berikutan amaran tekanan tayar rendah, Marquez turut melakukan perkara sama pada pusingan kelima.
Namun tidak seperti Bagnaia yang bergelut itu bangkit yang menyaksikannya jatuh daripada kedudukan kedua kepada tujuh, Marquez kekal di tempat kedua di belakang pelumba KTM, Pedro Acosta sebelum kembali merampas kedudukan pendahulu pada dua pusingan terakhir.
Dan kedudukan itu kekal sehingga penghujung perlumbaan tetapi sekali berjaya menjadi pelumba pertama melepasi garisan penamat, kemenangannya seperti ditangguhkan susulan siasatan yang dilakukan penganjur perlumbaan.
Hasil siasatan kemudian mendapati Marquez tidak melakukan sebarang kesilapan sekali gus menjadi kemenangan ke-11 Perlumbaan Sprint miliknya pada musim ini.
Acosta terpaksa berpuas hati bergelar naib juara sekali pun sudah bekerja keras manakala pelumba pasukan satelit, Tech3 KTM, Enea Bastianini melengkapkan kedudukan podium.
Pelumba Aprilia Racing, Marco Bezzecchi menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-4 dengan Bagnaia terpaksa berpuas hati di tempat ke-7.
Tempat kelima menjadi pelumba Monster Yamaha, Fabio Quartararo dengan Raul Fernandez (ke-6) terpantas bersama Trackhouse Aprilia (RS-GP25) dengan Johann Zarco (Castrol Honda LCR) ke-8 dan pelumba gantian Tech3 KTM, Pol Espargaro menjadi pelumba terakhir mengutip mata.
Keputusan Perlumbaan Sprint GP Rep. Czech 2025
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), 19m 5.883s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +0.798s
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +1.324s
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +1.409s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +2.292s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), +3.358s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), +3.648s
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), +3.920s
Pol Espargaro (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +4.748s
1Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +5.902s
Jorge Martin (SPA) Aprilia Racing (RS-GP25), +6.000s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), +6.379s
Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), +7.081s
Fermin Aldeguer (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24)*, +7.612s
Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +8.681s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)*, +8.992s
Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24), +9.404s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1) +9.871s
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), +11.487s
Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), DNF
Takaaki Nakagami (JPN) Idemitsu Honda LCR (RC213V), DNF
Augusto Fernandez (SPA) Yamaha Factory Racing (YZR-M1), DNF
