MARC Marquez Mengganas Lagi

Kemenangan dalam Perlumbaan Sprint, semalam dan perlumbaan GP, hari ini membolehkan Marc Marquez melengkapkan hujung minggu yang sempurna dengan mengutip maksimum 37 mata

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/24/20252 min read

MARC Marquez
MARC Marquez

JAGUH Ducati Lenovo, Marc Marquez terus mengukuhkan cengkamannya dalam carta kedudukan pelumba MotoGP apabila merangkul kemenangan ketujuh berturut-turut dengan menakluk Grand Prix (GP) Hungary 2025 yang berlangsung penuh dramatik.

Kemenangan dalam Perlumbaan Sprint, semalam dan perlumbaan GP, hari ini membolehkan pelumba berusia 32 tahun itu melengkapkan hujung minggu yang sempurna dengan mengutip maksimum 37 mata.

Perlumbaan di Litar Balaton Park bermula dengan penuh mendebarkan dan sekalipun bermula dari petak utama, Marquez berjaya dipintas pelumba Aprilia Racing, Marco Bezzecchi seawal selekoh pertama pusingan pertama.

Malah, pelumba Sepanyol itu hampir memusnahkan kempennya apabila bergesel dengan Bezzecchi ketika cuba merampas kembali kedudukannya di selekoh kedua yang menyebabkannya tergelincir ke tempat ketiga di belakang Franco Morbidelli.

Tersangkut di belakang Morbidelli, Marquez terpaksa menunggu sehingga pusingan kelima untuk memintas pelumba VR46 Ducati itu.

Dan sebaik mendapat 'kebebasan', juara dunia lapan kali itu pantas mengejar Bezzecchi dan melancarkan beberapa serangan namun gagal.

Tetapi Marquez berjaya merampas semula kedudukan pendahulu pada pusingan ke-11 menerusi satu gerakan kemas di selekoh pertama.

Dan sejak itu, dia tidak lagi menoleh ke belakang dan melepasi garisan penamat dengan kelebihan lebih 4 saat.

Tempat kedua menjadi milik pelumba Red Bull KTM, Pedro Acosta yang mempamerkan tunggangan cemerlang apabila bangkit dari petak ketujuh.

Bezzecchi terpaksa akur di tempat ketiga.

Perlumbaan turut diwarnai dengan pelbagai drama insiden, termasuk kemalangan awal yang menimpa adik Marquez, Alex Marquez dan penalti yang dikenakan ke atas beberapa pelumba dan secara keseluruhan, lima pelumba tidak menamatkan perlumbaan.

Kejuaraan MotoGP pada musim ini berbaki lapan.

Keputusan Perlumbaan MotoGP GP Hungary 2025

  1. Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), 42m 37.681s

  2. Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +4.314s

  3. Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +7.488s

  4. Jorge Martin (SPA) Aprilia Racing (RS-GP25), +11.069s

  5. Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +11.904s

  6. Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP24), +12.608s

  7. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +12.902s

  8. Pol Espargaro (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +14.015s

  9. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), +14.854s

  10. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +15.473s

  11. Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)*, +18.112s

  12. Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), +19.021s

  13. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +22.861s

  14. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP24), +25.938s

  15. Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +26.262s

  16. Fermin Aldeguer (SPA) Gresini Ducati (GP24)*, +55.239s

Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), DNF

Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), DNF

Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), DNF

Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), DNF

Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), DNF