MARC Marquez Pamer 'Taring' Hari Pertama Ujian Rasmi Pra-Musim MotoGP Di Sepang!
Pelumba Ducati Lenovo, Marc Marquez kembali menunggang jentera Ducati Desmosedici GP selepas mengalami kecederaan bahu di Grand Prix Indonesia 2025, tampil cemerlang dengan mencatat masa terbaik yang dilakukannya pada setengah jam terakhir sesi kedua
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
2/3/20262 min read


KALI Terakhir Marc Marquez menunggang secara kompetitif bersama jentera MotoGP adalah pada Oktober lalu di Mandalika tetapi penyandang juara dunia itu tampak tidak begitu terkesan dengan sitiasi itu dan mencatatkan masa terpantas pada hari pertama Ujian Rasmi Pra-Musim MotoGP Di Sepang, hari ini.
Marquez, yang kembali bersama Ducati selepas mengalami kecederaan bahu di Grand Prix Indonesia 2025, tampil cemerlang dengan mencatat masa terbaik yang dilakukannya pada setengah jam terakhir sesi kedua.
Catatan terbaik pelumba Sepanyol itu, 1:57.018s meletakkannya 0.256 saat di hadapan pelumba VR46 Ducati yang turut menggunakan jentera Ducati GP26, Fabio di Giannantonio.
Maverick Vinales mencatatkan masa ketiga terpantas pada saat akhir untuk KTM, manakala Alex Marquez menutup hari pertama di kedudukan keempat terpantas, catatan yang diperolehnya dalam sesi pertama.
Ujian kali ini menyaksikan Aprilia kehilangan khidmat Jorge Martin yang masih menjalani pemulihan selepas pembedahan susulan kecederaan musim lalu.
Turut tidak menyertai ujian adalah pelumba Gresini Ducati, Fermin Aldeguer, turut tidak dapat beraksi akibat patah tulang paha ketika latihan bulan lalu.
Ujian pra-musim di Sepang berlangsung selama 3 hari bermula hari ini sehingga 5 Februari dan boleh disaksikan penonton.
Ujian pra-musim kedua dijadualkan di Buriram pada 21-22 Februari, sebelum tirai musim baharu dibuka di Thailand seminggu kemudian.
Catatan terpantas hari pertama
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP26), 1:57.018s
Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP26), 1:57.274s
Maverick Viñales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), 1:57.295s
Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP26), 1:57.487s
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP), 1:57.524s
Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), 1:57.569s
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), 1:57.693s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP26), 1:57.720s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), 1:57.869s
Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), 1:58.068s
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), 1:58.140s
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), 1:58.161s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), 1:58.194s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), 1:58.252s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), 1:58.313s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), 1:58.320s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP), 1:58.613s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP), 1:58.659s
Diogo Moreira (BRA) Pro Honda LCR (RC213V)*, 1:58.682s
Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Test Rider (RS-GP), 1:58.686s
Toprak Razgatlioglu (TUR) Pramac Yamaha (YZR-M1)*, 1:58.887s
Andrea Dovizioso (ITA) Yamaha Test Rider (YZR-M1), 2:00.681s

