MARC Marquez Percaya 2 Bulan Cukup Buat Pecco 'Reset' Sebelum Ujian Di Sepang

Juara dunia sembilan kali, Marc Marquez merangkul gelaran dunia MotoGP ke-7 pada musim ini dengan kelebihan 78 mata walaupun terlepas lima perlumbaan terakhir akibat kecederaan dengan Bagnaia di tempat ke-5

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

12/1/20251 min read

MARC Marquez menegaskan penting buat Ducati untuk memastikan rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia kembali ke tahap prestasi sebenar menjelang musim 2026.

Marquez merangkul gelaran dunia MotoGP ke-7 pada musim ini dengan kelebihan 78 mata walaupun terlepas lima perlumbaan terakhir akibat kecederaan dengan Bagnaia di tempat ke-5.

Sebagai pelumba senior dan sudah menjulang dua kali gelaran dunia bersama pasukan itu sebelum ini, Marquez percaya bahawa kepekaan Bagnaia terhadap jentera akan menjadi aset penting dalam pembangunan Ducati.

Memetik laporan MotoGP.com. Marquez menjelaskan Ducati memerlukan Pecco kembali di tahapnya kerana dia sangat sensitif terhadap jentera Ducati Desmosedici.

Dan pelumba asal Sepanyol itu turut optimis Bagnaia mampu bangkit selepas tempoh rehat musim sejuk dengan Disember dan Januari akan jadi masa terbaik untuk Pecco 'reset' dan kembali di ujian Malaysia.

"Bagi saya, dari sudut kelajuan Pecco sudah ada di sana, jadi kelajuan itu ada, dia menunjukkannya ketika beberapa sesi latihan, dalam beberapa perlumbaan," kata Marquez.

"Sebagai contoh, di Motegi, apa yang dia lakukan? Dia mengambil 37 mata, saya memberikan tekanan kepadanya dan saya tidak dapat mengejarnya.

"Kadang kala, dua bulan mencukupi untuk menetapkan semula segala-galanya, jadi Disember dan Januari adalah masa terbaik untuk Pecco menetapkan semula segala-galanya dan bermula semula pada ujian di Malaysia."

Dalam pada itu, di sebalik kebangkitan beberapa pengeluar, Marquez begitupun tetap yakin dengan kemampuan Ducati.

"Aprilia semakin berkembang, KTM semakin baik, Honda buat langkah besar. Tetapi jika saya di Ducati, saya berada dalam pasukan terbaik dengan jentera terbaik."