MARC Marquez Raih Petak Utama GP Hungary

Ini adalah petak utama ke-8 buat Marc Marquez yang juga pendahulu kejuaraan MotoGP pada musim ini dan menariknya, dua lagi kedudukan barisan depan dihuni pelumba yang tidak layak terus ke Kelayakan 2 (Q2), Marco Bezzecchi dan Fabio Di Giannantonio

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/23/20252 min read

PELUMBA Ducati Lenovo, Marc Marquez merangkul petak utama Grand Prix (GP) Hungary 2025 ketika rakan sepasukannya, Pecco Bagnaia mengharungi kempen terburuk dan akan bermula di petak ke-15.

Ia adalah petak utama ke-8 buat pendahulu kejuaraan MotoGP itu pada musim ini dan menariknya, dua lagi kedudukan barisan pertama diperoleh pelumba yang tidak layak terus ke Kelayakan 2 (Q2).

Tampak kurang meyakinkan semalam, Marco Bezzecchi dari Aprilia Racing kembali ke prestasi terbaiknya apabila meraih petak kedua.

Petak ketiga menjadi milik pelumba VR46 Ducati, Fabio Di Giannantonio dengan pelumba yang mencatatkan masa terpantas hari pertama, Pedro Acosta dipalit malang apabila terjatuh di awal sesi kelayakan dan terpaksa berpuas hati untuk catatan ke-7 terpantas.

Bekas pelumba Ducati Lenovo, Enea Bastianini meneruskan kebangkitannya apabila mencatatkan masa ke-4 terpantas untuk mengetuai barisan kedua dan menjadi pelumba KTM terbaik di Balaton Park.

Ia diikuti seorang lagi pelumba VR46 Ducati, Franco Morbidelli dengan Fabio Quartararo (Monster Yamaha) muncil pelumba Yamaha terbaik untuk memulakan perlumbaan di petak ke-6.

Pelumba rookie, Fermin Aldeguer (Gresini Ducati) mencatatkan masa ke-8 terpantas dengan pelumba Itali, Luca Marini (Honda HRC Castrol) muncul pelumba Honda terbaik di petak ke-9.

Selepas tidak berjaya melayakkan diri ke-Q2 semalam, Bagnaia turut terlepas slot itu ketikan mengharungi Q1 dengan keputusan itu menyaksikannya akan memulakan perlumbaan di petak ke-15, kedudukan terburuknya pada musim ini.

Situasi sama turut menimpa penyandang juara duniat MotoGP, Jorge Martin yang akan memulakan perlumbaan di petak ke-17.

Keputusan sesi Kalayakan GP Hungary 2025

  1. Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), 1'36.518s

  2. Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +0.290s

  3. Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +0.354s

  4. Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +0.424s

  5. Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP24), +0.513s

  6. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +0.524s

  7. Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +0.581s

  8. Fermin Aldeguer (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24)*, +0.612s

  9. Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +0.659s

  10. Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), +0.721s

  11. Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24), +0.731s

  12. Pol Espargaro (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +1.104s

  13. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), 1'37.047s

  14. Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), 1'37.079s

  15. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), 1'37.096s

  16. Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), 1'37.348s

  17. Jorge Martin (SPA) Aprilia Racing (RS-GP25), 1'37.378s

  18. Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), 1'37.429s

  19. Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), 1'37.433s

  20. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), 1'37.438s

  21. Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)*, 1'37.915s