MARC Marquez 'Raja' Jatuh MotoGP 2023, Yamaha Paling Cermat!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

12/4/20232 min read

DUA pelumba Repsol Honda MotoGP, Marc Marquez dan Joan Mir mengisi posisi teratas pelumba paling banyak jatuh pada musim 2023.

Mengisi posisi 'juara' untuk statistik yang paling tidak diingini itu adalah juara dunia MotoGP enam kali, Marc yang mengalami 29 kejatuhan sekaligus mengatasi rekodnya sebelum ini, 27 pada musim 2017.

Dan angka itu dicatat sekalipun pelumba kelahiran Sepanyol itu terlepas tiga pusingan perlumbaan selain dua aksi perlumbaan utama susulan kecederaan.

Di tangga kedua adalah rakan sepasukannya, Mir yang mencatatkan 24 kali kejatuhan sekalipun turut tidak beraksi dalam tiga pusingan akibat kecederaan.

Menariknya, Mir sebelum ini adalah pelumba yang boleh dianggap cermat dengan rekod tertinggi adalah 12 iaitu ketika musim pertamanya bersama Suzuki pada 2019.

Pelumba yang boleh dianggap paling malang ketika GP Malaysia, Aleix Espargaro dari Aprilia mengisi tangga ketiga dengan 23 kali kejatuhan, angka yang dikongsi bersama pelumba 'Rookie' KTM, Augusto Fernandez.

Pelumba Ducati paling banyak jatuh adalah adik kepada Marc, Alex Marquez dengan 21 kejatuhan dengan Yamaha menjadi pasukan paling sedikit mengalami situasi malang itu dengan Fabio Quartararo (9) dan Franco Morbidelli (7).

Apa yang menarik, juara dunia MotoGP 2023, Francesco Bagnaia hanya mengalami 7 kejatuhan dengan angka itu turut dikongsi pelumba Aprilia, Maverick Vinales.

Manakala pencabar utamanya musim ini, Jorge Martin mencatatkan 16 kejatuhan termasuk pada perlumbaan penutup tirai yang dikongsi bersama Marc di Valencia.

Secara keseluruhan, sejumlah 358 kejatuhan dicatatkan pada kempen MotoGP musim ini.

Untuk Moto2, 'Raja' dalam statistik itu adalah Aron Canet (24) manakala pelumba 'Rookie' David Alonso menguasai rekod di Moto3 (23).

Dari sudut venue, Litar Antarbangsa Sepang mengisi tangga ke-4 keseluruhan dengan mencatatkan 65 kejatuhan dengan Litar Antarabangsa Buddh paling tinggi dengan 79 kejatuhan.

Senarai Kejatuhan Terbanyak MotoGP 2023 (Pelumba)

1. Marc Marquez, Honda, 29

2. Joan Mir, Honda, 24

3. Aleix Espargaro, Aprilia, 23

3. Augusto Fernandez, KTM, 23

5. Alex Marquez, Ducati, 21

5. Jack Miller, KTM, 21

7. Marco Bezzecchi, Ducati, 20

8. Pol Espargaro, KTM, 16

8. Luca Marini, Ducati, 16

8. Jorge Martin, Ducati, 16

11. Brad Binder, KTM, 15

11. Miguel Oliveira, Aprilia 15

11. Johann Zarco, Ducati, 15

14. Enea Bastianini, Ducati, 13

14. Fabio Di Giannantonio, Ducati, 13

14. Raul Fernandez, Aprilia 13

17. Takaaki Nakagami, Honda, 12

18. Fabio Quartararo, Yamaha, 9

19. Alex Rins, Honda, 8

20. Francesco Bagnaia, Ducati, 7

20. Franco Morbidelli, Yamaha, 7

20. Maverick Viñales Aprilia, 7

23. Stefan Bradl*, Honda, 3

23 Iker Lecuona*, Honda, 3

23. Michele Pirro*, Ducati, 3

26 Jonas Folger*, KTM, 2

26. Lorenzo Savadori*, Aprilia, 2

28. Danilo Petrucci*, Ducati, 1

28. Takumi Takahashi*, Honda, 1

30. Alvaro Bautista*, Ducati, 0

30. Cal Crutchlow* Yamaha, 0

30. Dani Pedrosa* KTM, 0

Senarai Kejatuhan Terbanyak MotoGP 2023 (Pengeluar)

1. Ducati (8 Jentera) 125

2. Honda(4 Jentera) 80

3. KTM (4 Jentera) 77

4. Aprilia (4 Jentera) 60

5. Yamaha (2 Jentera) 16

Senarai Kejatuhan Terbanyak MotoGP 2023 (Litar)

1. Buddh International Circuit, 79

1. Le Mans, 79

3. Circuit Of The Americas, 69

4. Sepang International Circuit, 65

5. Mandalika Circuit, 60

6. Silverstone Circuit, 58

7. Autódromo Internacional do Algarve, 57

7. Circuit Ricardo Tormo, 57

9. Misano World Circuit Marco Simoncelli, 54

10. Phillip Island, 51

10. TT Circuit Assen, 51

12. Circuito de Jerez - Ángel Nieto, 50

13. Sachsenring, 45

14. Mobility Resort Motegi, 43

15. Autodromo Internazionale del Mugello, 42

16. Red Bull Ring - Spielberg, 41

17. Lusail International Circuit, 30

18. Chang International Circuit, 29

18. Circuit de Barcelona-Catalunya, 29

20. Termas de Río Hondo, 23