MARC Marquez Rangkul Gelaran Berganda Di Mugello
Pelumba Ducati Lenovo, Marc Marquez kembali ke podium di Grand Prix (GP) Itali 2025 sebagai juara selepas menjuarai perlumbaan MotoGP yang berlangsung penuh mendebarkan di Mugello
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/22/20252 min read


MARC Marquez kembali ke podium di Grand Prix (GP) Itali di Mugello sebagai juara selepas menjuarai Perlumbaan GP yang berlangsung penuh mendebarkan, hari ini.
Kemenangan itu melengkapkan gelaran berganda buat pelumba Ducati Lenovo itu di Mugello selepas turut menjuarai Perlumbaan Sprint, semalam selain kemenangan ke-93 kariernya yang menariknya nombor yang sama digunakannya.
Sebagai rekod, kali terakhir juara dunia lapan kali itu merangkul kemenangan di Mugello adalah pada 2014 dengan kejayaan terbaharu dilakukannya bersama lencana Ducati Lenovo.
Tidak seperti aksi Sprint semalam yang menyaksikan Marquez berdepan isu di grid permulaan, Marc yang memulakan perlumbaan di petak utama meraih permulaan yang baik.
Begitupun, pelumba kelahiran Sepanyol itu tetap terpaksa bekerja keras terutama bagi mengatasi cabaran dua pelumba, Alex Marquez dari Gresini Ducati dan rakan sepasukannya, Pecco Bagnaia.
Hero tuan rumah, Bagnaia yang juga penyandang juara di Mugello, Alex dan Marc beberapa kali saling bertukar kedudukan sebagai pendahulu.
Tetapi Marquez membuktikan dia lebih cemerlang dan selepas memimpin perlumbaan berbaki 13 pusingan, dia tidak lagi membenarkan sesiapapun memintasnya dan melintasi garisan penamat dengan kelebihan 1.942 saat (s) di depan Alex.
Alex sekali lagi terpaksa berpuas hati sebagai naib juara.
Dan menariknya, tiada kelibat Bagnaia di podium apabila dia dipintas pelumba VR46 Ducati, Fabio Di Giannantonio ketika perlumbaan berbaki dua pusingan dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-4.
Tanpa Bagnaia, kemenangan Marc di Mugello juga adalah kemenangan ke-4 berturut-turut Ducati di GP Itali,
Marc turut mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu kejuaraan dengan kelebihan 40 mata di depan adiknya, Alex dengan Bagnaia makin jauh ketinggalan di tempat ke-3 dengan perbezaan 110 mata.
Pelumba bukan Ducati terbaik sekali lagi menjadi milik Marco Bezzecchi dari Aprilia Racing diikuti seorang lagi pelumba tuan rumah, Franco Morbidelli (VR46 Ducati).
Raul Fernandez (Trackhouse Aprilia) menamatkan perlumbaan di tempat ke-7 diikuti pelumba terbaik KTM, Pedro Acosta (Red Bull KTM) yang berjaya menamatkan perlumbaan di depan rakan sepasukannya, Brad Binder.
Gelaran 'rookie' terbaik kembali ke tangan pelumba Jepun, Ai Ogura di tempat ke-10 diikuti pelumba Honda terbaik, Joan Mir (Honda HRC Castrol) di tempat ke-11.
Fabio Quartararo terus memperoleh keputusan mengecewakan apabila pelumba Monster Yamaha menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 diikuti Fermin Aldeguer (Gresini Ducati), Miguel Oliveira (Pramac Yamaha) dengan Alex Rins (Monster Yamaha) mengutip mata terakhir ditawarkan.
Keputusan Perlumbaan MotoGP GP Itali 2025
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), 41m 9.214s
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP24), +1.942s
Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +2.136s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), +5.081s
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +9.329s
Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP24), +16.866s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), +18.526s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +19.349s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +19.377s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)*, +21.943s
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), +22.877s
Fermin Aldeguer (SPA) Gresini Ducati (GP24)*, +25.578s
Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), +26.123s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +26.130s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +28.155s
Takaaki Nakagami (JPN) Honda HRC Castrol (RC213V), +33.110s
Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Factory (RS-GP25), +40.900s
Somkiat Chantra (THA) Idemitsu Honda LCR (RC213V)*, +70.075s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), DNF
Maverick Vinales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), DNF
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), DNF
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), DNF
