MARC Marquez Rangkul Kemenangan Berganda Di Austria
Selain kemenangan berganda Sprint dan MotoGP keenam berturut-turut, ini kali pertama pelumba Ductai Lenovo, Marc Marquez melakar kemenangan di litar Red Bull Ring, Austria daripada lapan percubaan sebelum ini
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
8/17/20252 min read


MARC Marquez meneruskan dominasinya dengan menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Austria 2025 yang tampil cukup menghiburkan selain gelaran berganda keenam berturut-turut buat juara dunia lapan kali itui dalam kempen MotoGP pada musim ini.
Bermula di petak ke-4 jelas tidak menjadi masalah buat pelumba Ducati Lenovo itu yang tampil dengan kesabaran tinggi sebelum mula memimpin perlumbaan di penghujung saingan.
Selepas bertarung dengan rakan sepasukannya, Pecco Bagnaia bagi tempat kedua, Marquez kemudian menghambat pelumba petak utama, Marco Bezzecchi dari Aprilia Racing dan berjaya meraih kedudukan pendulu berbaki lapan pusingan.
Begitupun, Bezzecchi jelas tidak memberikan laluan mudah buat Marquez sebelum terpaksa mengalah dengan kemampuan jentera Ducati terutama di laluan lurus.
Selepas Bezzecchi, pelumba kelahiran Sepanyol itu berdepan tekanan daripada pelumba rookie, Fermin Aldeguer ia tidak mampu menghalangnya untuk merangkul kemenangan pertamanya di Red Bull Ring.
Pelumba Gresini Ducati, Aldeguer terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan Bezzecchi melengkapkan kedudukan podium.
Pemenang podium pada Perlumbaan Sprint, Pedro Acosta dari pasukan Red Bull KTM menamatkan perlumbaan di tempat ke-4 diikuti pelumba Tech3 KTM, Enea Bastianini dan Joan Mir (Honda HRC Castrol) ke-6.
Pelumba Afrika Selatan, Brad Binder (Red Bull KTM) du tempat ke-7 dengan rakan sepasukan Marc Marquez, Bagnaia di tempat ke-8.
Raul Fernandez (Trackhouse Aprilia) di tempat ke-9 diikuti Alex Marquez (Gresini Ducati), Franco Morbidelli (VR46 Ducati) dan Johann Zarco Castrol Honda LCR, Luca Marini (Honda HRC Castrol) dan Ai Ogura (Trackhouse Aprilia) ke-14.
Pelumba terbaik Yamaha menjadi milik Fabio Quartararo (Monster Yamaha) di kedudukan ke-15 yang juga kedudukan terakhir pungutan mata.
Dalam pada itu situasi menakutkan menimpa penyandang juara dunia, Jorge Martin apabila dia berdepan kemalangan.
Keputusan perlumbaan MotoGP GP Austria 2025
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), 42m 11.006s
Fermin Aldeguer (SPA) Gresini Ducati (GP24), +1.118s
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +3.426s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +6.864s
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +8.731s
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), +10.132s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +10.476s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), +12.486s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), +15.472s
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP24), +15.537s
Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP24), +16.185s
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), +16.241s
Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +18.478s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), +18.491s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1) +25.256s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +30.316s
Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), +34.008s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), +37.478s
Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), DNF
Jorge Martin (SPA) Aprilia Racing (RS-GP25), DNF
