MARC Marquez Rangkul Kemenangan Sprint Kontroversi Di Jerez
Pelumba Ducati Lenovo, Marc Marquez melakar kemenangan kontroversi apabila bangkit daripada kemalangan sebelum memenangi perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Sepanyol 2026 yang berlangsung penuh mendebarkan dalam keadaan cuaca tidak menentu
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
4/25/20262 min read


PELUMBA Ducati Lenovo, Marc Marquez melakar kemenangan kontroversi apabila bangkit daripada kemalangan sebelum memenangi perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Sepanyol 2026 yang berlangsung penuh mendebarkan dalam keadaan cuaca tidak menentu, semalam.
Kemenangan itu turut melakar sejarah tersendiri apabila ia menjadi perlumbaan Sprint yang berkonsepkan 'flag-to-flag' pertama sejak format itu diperkenalkan pada musim 2023.
Bermula dari petak pertama, Marquez yang sedang bersaing di kelompok depan terjatuh ketika perlumbaan berbaki lima pusingan susulan hujan yang semakin lebat.
Begotupun, insiden itu tidak mematahkan semangat juara dunia sembilan kali itu yang pantas meluru ke laluan pit untuk menukar jentera pelarasan litar basah.
Tindakan 'kontroversi' menukar jentera dan kesilapan yang dilakukan pelumba lain seperti Brad Binder (KTM), membuka ruang buat Marquez untuk kembali memimpin perlumbaan selepas dia memintas rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia ketika saingan berbaki tiga pusingan.
Marquez terus memecut selesa untuk melintasi garisan penamat dengan kelebihan 3.050 saat (s), sekali gus merekodkan kemenangan Sprint keduanya musim ini. Bagnaia yang bermula dari petak ke-15 cemerlang menamatkan saingan di tempat kedua, disusuli pelumba VR46, Franco Morbidelli di kedudukan ketiga.
Dalam pada itu, nasib malang menimpa pendahulu kejuaraan, Marco Bezzecchi (Aprilia) yang mengalami permulaan buruk sebelum terjatuh pada penghujung saingan. Rakan sepasukannya yang juga pencabar terdekat, Jorge Martin turut terkeluar awal akibat masalah teknikal.
Kemenangan dramatik ini melonjakkan Marquez ke tangga keempat kejuaraan keseluruhan. Dia kini hanya ketinggalan 24 mata di belakang Bezzecchi yang masih kekal merajui carta dengan kelebihan empat mata di hadapan Martin.
Keputusan Perlumbaan Sprint GP Sepanyol 2026
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP26) 21m 25.651s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP26) +3.050s
Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25) +7.493s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16) +8.752s
Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP26) +9.237s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP26) +11.958s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1) +13.525s
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V) +14.522s
Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V) +15.769s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1) +15.821s
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16) +16.190s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16) +17.985s
Augusto Fernandez (SPA) Yamaha Factory Racing (YZR-M1) +19.777s
Diogo Moreira (BRA) Pro Honda LCR (RC213V) +21.583s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP26) +31.079s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1) +44.686s
Fermin Aldeguer (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP25) +58.756s
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V) DNF
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP26) DNF
Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP26) DNF
Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Test Rider (RS-GP26) DNF
Toprak Razgatlioglu (TUR) Pramac Yamaha (YZR-M1) DNF
Jorge Martin (SPA) Aprilia Racing (RS-GP26) DNF

