MARC Marquez Sapu Bersih Gelaran Juara Di Qatar
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
4/14/20252 min read


JAGUH Ducati Lenovo, Marc Marquez membuktikan yang dia sememangnya cukup 'merbahaya' pada musim ini apabila sekali lagi menampilkan dominasi penuh dengan menjuarai perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Qatar, hari ini.
Menyifatkan aksi di Losail sebagai antara litar terlemahnya sebelum perlumbaan, situasi sebaliknya berlaku apabila juara dunia lapan kali itu tampil menguasai sesi kelayakan dan memenangi Perlumbaan Sprint pada Sabtu.
Malah, kemalangan yang dihadapinya bersama adiknya, Alex Marquez pada pusingan pertama pada perlumbaan GP di Qatar juga tampak tidak begitu memberi kesan sekali pun jenteranya mengalami sedikit kerosakan.
Kemalangan membabitkan adik beradik itu turut memberikan Franco Morbidelli yang memulakan perlumbaan di petak ketiga peluang untuk memimpin perlumbaan.
Terdesak mengejar pelumba pasukan VR46 Ducati itu, Marquez pada satu ketika turut berdepan cabaran sengit daripada rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia dan pelumba KTM Tech3, Maverick Vinales.
Dan seperti perlumbaan sebelum ini, pelumba Sepanyol itu menunggu saat akhir untuk memintas Morbidelli dan melepasi garisan penamat 1.8 saat (s) di depan pencabar terdekatnya, Vinales.
Begitupun, malang buat Vinales apabila tempat kedua yang dimenanginya dibatalkan susulan penalti yang dikenakan berikutan had tekanan tayar.
Keputusan itu menyaksikan Bagnaia yang melepasi garisan penamat di tempat ketiga diangkat sebagai naib juara dengan Morbidelli melengkapkan senarai podium.
Buat Vinales, penalti 16 saat yang diterimanya menyaksikan kedudukannya jatuh ke tangga ke-14.
Johann Zarco dalam pada itu bangkit daripada keputusan buruk Perlumbaan Sprint untuk menjadi pelumba bukan Ducati terbaik selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-4.
Sementara itu, pelumba 'Rookie' terbaik menjadi milik Fermin Aldeguer dari Gresini Ducati yang menyaksikannya menamatkan perlumbaan lebih baik berbanding rakan sepasukannya, Alex Marquez buat pertama kali musim ini.
Alex yang terpaksa berpuas hati melepaskan kedudukan naib juara yang diperolehnya dalam tujuh perlumbaan sebelum ini selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-6.
Tiga lagi pengeluar mengisi kedudukan seterusnya bermula dengan Yamaha menerusi Fabio Quartararo yang menamatkan perlumbaan di tempat ke0-7, Pedro Acosta (KTM) ke-8 dan Marco Bezzecchi (Aprilia) ke-9.
Malang buat penyandang juara, Jorge Martin apabila debutnya di kempen MotoGP musim ini berakhir tidak seperti dijangkakan selepas terjatuh.
Keputusan Perlumbaan MotoGP GP Qatar 2025 (Selepas penalti)
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), 41m 29.186s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), +4.535s
Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP24), +6.495s
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), +6.668s
Fermin Aldeguer (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24)*, +7.484s
Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24), +9.764s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +12.895s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +14.219s
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +14.368s
Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +15.137s
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +17.459s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +17.563s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +17.632s
Maverick Viñales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +1.800s+16s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)*, +18.758s
Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +26.340s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), +26.925s
Somkiat Chantra (THA) Idemitsu Honda LCR (RC213V)*, +38.186s
Jorge Martin (SPA) Aprilia Racing (RS-GP25), DNF
Augusto Fernandez (SPA) Pramac Yamaha (YZR-M1), DNF
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), DNF
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), DNF
