MARC Marquez Sapu Bersih GP Argentina 2025
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
3/16/20252 min read


MARC Marquez terus membuktikan yang kehadirannya di Ducati Lenovo sebagai tepat apabila menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Argentina 2024 sekali gus menyapu bersih kedua-dua gelaran di Termas de rio Hondo.
Tidak seperti Perlumbaan Sprint, situasi di podium mengalami perubahan yang menyaksikan tempat ketiga milik rakan sepasukan Marc, Francesco Bagnaia dirampas oleh pelumba VR46 Ducati, Franco Morbidelli.
Alex Marquez dalam pada itu kekal menjadi pencabar utama kepada abangnya namun pelumba pasukan Gresini Ducati itu sekali lagi terpaksa menamatkan perlumbaan selaku naib juara.
Memulakan perlumbaan di petak utama, juara dunia lapan kali itu begitupun melepaskan kedudukan pendahulu kepada Alex di awal perlumbaan.
Selepas sentiasa memberi tekanan dan beberapa kali melakukan serangan untuk memintas yang berakhir gagal, Marc begitupun berjaya memintas adiknya itu ketika perlumbaan berbaki lima pusingan.
Dan dia tidak lagi menoleh ke belakang dan melepasi garisan penamat 1.3 saat (s) di depan Alex.
Kemenangan di Argentina turut menyaksikan Marc kini memiliki 90 kemenangan GP yang meletakkanya sebaris legenda Angel Nieto di kedudukan ketiga senarai pelumba meraih kemenangan terbanyak.
Pelumba kelahiran Sepanyol itu kini hanya ketinggalan kepada dua legenda, Giacomo Agostini dan Valentino Rossi.
Marc Marquez’s victory also keeps him in the lead of the championship, which extends to 16 points over Alex Marquez.
Bagi Morbidelli, keputusan di Argentina turut menamatkan kemarau podiumnya yang kali terakhir diraih di GP Sepanyol pada 2021.
Bagnaia dalam pada itu menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-4.
Ducati dalam pada itu mengisi lima kedudukan terbaik apabila rakan sepasukan Morbidelli, Fabio Di Giannantonio menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-5.
Johann Zarco dalam pada itu meneruskan kebangkitan Honda apabila muncul pelumba terbaik pengeluar Jepun itu dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke-6 diikuti pelumba terbaik KTM, Brad Binder di kedudukan ketujuh.
Pelumba terbaik Aprilia sekali lagi menjadi milik pelumba 'rookie', Ai Ogura dari Trackhouse Aprilia di kedudukan ke-8 ketika juara edisi 2023, Marco Bezzecchi yang kini bersama Aprilia mengalami kemalangan dan tidak meneruskan perlumbaan.
Pedro Acosta menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-9 dan pelumba pasukan 'kilang' Honda, Joan Mir melengkapkan kedudukan podium.
Sementara itu, pelumba terbaik Yamaha adalah Alex Rins dengan juara dunia 2021, Fabio Quartararo sekali lagi berdepan kesulitan namun masih berjaya mengutip mata kejuaraan terakhir di kedudukan ke-15.
Keputusan perlumbaan GP Argentina 2025
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), 41m 11.1s
Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24), +1.362s
Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP24), +4.695s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), +5.536s
Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +7.138s
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), +7.487s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +14.294s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)*, +14.447s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +15.646s
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), +15.787s
Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +16.025s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +21.663s
Maverick Vinales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +22.319s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), +23.486s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +25.148s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), +26.914s
Fermin Aldeguer (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24)*, +27.661s
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +40.179s
Somkiat Chantra (THA) Idemitsu Honda LCR (RC213V)*, +41.693s
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), DNF
