MARC Marquez Sapu Bersih GP Thailand 2025

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

3/2/20252 min read

MARC Marquez melengkapkan kemenangan berganda di Grand Prix (GP) Thailand 2025 selepas menjuarai perlumbaan MotoGP yang menyaksikan Ducati sekali lagi menyapu bersih ketiga-tiga kedudukan podium ditawarkan di Buriram.

Selepas menjuarai Perlumbaan Sprint pada Sabtu, pelumba Ducati Lenovo yang memulakan perlumbaan di petak utama tampak seperti sukar dicabar apabila memimpin saingan sejak awal.

Begitupun, juara dunia lapan kali itu 'melepaskan' kedudukannya sebagai pendahulu kepada adiknya, Alex Marquez selepas tujuh pusingan sebelum merampas semula kedudukan itu ketika berbaki tiga pusingan.

Dan kedudukan itu kekal sehingga pusingan terakhir dengan Marquez melintas garisan penamat dengan kelebihan 1.732 saat (s) di belakang Alex yang terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua.

Rakan sepasukan Marquez di Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia melengkapkan kedudukan podium sekali gus mengulangi keputusan pada perlumbaan Sprint.

Pelumba VR46 Ducati, Franco Morbidelli seperti tidak terkesan dengan penalti tiga grid perlumbaan yang dikenakan kepada selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-4.

Pelumba Jepun yang juga 'Rookie' pada musim ini, Ai Ogura sekali lagi mencipta sensasi dengan melengkapkan kedudukan lima terbaik sekali gus muncul pelumba Aprilia terbaik bersama pasukan Trackhouse.

Rakan sepasukan juara dunia MotoGP 2024, Jorge Martin iaitu Marco Bezzecchi menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-6 dengan Johann Zarco (Castrol Honda LCR) muncul pelumba terbaik Honda di tempat ke-7.

Brad Binder menamatkan perlumbaan di tempat ke-8 dan menjadi pelumba terbaik buat KTM.

Pelumba Pramac Yamaha, Jack Miller yang muncul pencabar di awal perlumbaan menjadi pelumba Yamaha terbaik selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-11.

Selain Ogura, seorang lagi pelumba 'rookie' MotoGP musim ini, Fermin Aldeguer turut mengutip mata selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13 manakala pelumba tuan rumah, Somkiat Chantra melepasi garisan penamat di tempat ke-18.

Keputusan perlumbaan MotoGP GP Thailand 2025

  1. Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), 39:37.244s

  2. Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24), +1.732s

  3. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), +2.398s

  4. Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP24), +5.176s

  5. Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)*, +7.450s

  6. Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +14.967s

  7. Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), +15.225s

  8. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +19.929s

  9. Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +19.929s

  10. Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +21.546s

  11. Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), +22.315s

  12. Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +23.940s

  13. Fermin Aldeguer (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24)*, +24.760s

  14. Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), +26.097s

  15. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +26.456s

  16. Maverick Vinales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +28.770s

  17. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +31.095s

  18. Somkiat Chantra (THA) Idemitsu Honda LCR (RC213V)*, +31.480s

  19. Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +42.115s

  20. Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Factory (RS-GP25), +46.827s

Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), DNF

Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), DNF