MARC Marquez Tak Setuju

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

3/20/20251 min read

PERMINTAAN Aprilia untuk membenarkan pelumbanya menjalani ujian bersama jentera MotoGP sebelum kembali berlumba tidak dipersetujui pendahulu kejuaraan ketika ini, Marc Marquez.

Sekalipun mengakui perkara itu 'boleh menjadi peraturan yang baik', pelumba pasukan Ducati Lenovo berpendapat ia tidak boleh diperkenalkan secara serta merta.

Penyandang juara dunia, Martin setakat ini terlepas hampir ujian pra-musim dan dua pusingan perlumbaan di Thailand dan Argentina termasuk di GP Amerika Syarikat susulan masalah kecederaan yang diperolehnya di Sepang dan Sepanyol.

Sekalipun Aprilia memperoleh sokongan terhadap cadangan itu, Ducati menjadi antara pengeluar yang tidak bersetuju dengan Marquez tampil menyuarakan pandangan sama.

"Ketika ini peraturan tidak seperti itu. Apabila saya kembali daripada kecederaan (2021) peraturan ini tidak ada," kata Marquez kata Marquez memetik laporan GPOne.

"Kamu boleh memperkenalkan peraturan untuk membenarkan pelumba yang tidak bersaing di kejohanan selama dua bulan untuk melalkukan ujian selama sehari - tidak lebih daripada itu, kerana dua hari ia sudah terlalu banyak.

"Ujian selama sehari sudah cukup untuk mendapatkan rentak dengan jentera.

"Kamu boleh meletakkan masa minimum, tetapi pasukan-pasukan perlu memutuskannya. Untuk pelumba ia penting, tetapi pada akhirnya apabila kamu mengharungi dua bulan tanpa menunggang jentera MotoGP, satu hari lebih atau kurang ujian tidak mengubah banyak perkara.

"Kamu memerlukan masa untuk mendapatkan rentak kamu kembali."

Susulan kecederaan, Martin hanya sempat melengkapkan 90 pusingan bersama jentera Aprilia RS-GP yang majorotinya diperoleh ketika ujian di Barcelona pada November tahun lalu.

Sebelum ini, Ducati berdepan masalah hampir sama menerusi Franco Morbidelli dan bekas pelumba Ducati Lenovo, Enea Bastianini yang terlepas lima pusingan awal musim 2023 selain empat lagi pusingan susulan kecederaan.