MARC Marquez Takluk Aksi Sprint Di Assen

Marc Marquez terus membuktikan mengganas apabila menjuarai Perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Belanda 2025 di Assen - kemenangan Sprint ke-9 pelumba Ducati Lenovo itu pada musim ini

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

6/28/20252 min read

BINTANG Ducati Lenovo, Marc Marquez terus membuktikan kejaguhannya apabila menjuarai Perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Belanda 2025 di Assen - kemenangan Sprint ke-9 buatnya pada musim ini.

Sekali pun bermula di petak keempat dan berdepan pelbagai kesulitan termasuk mengalami dua siri kemalangan, semalam, pelumba kelahiran Sepanyol itu memperoleh permulaan yang baik apabila meletakkan dirinya tempat kedua seawal selekoh pertama.

Juara dunia lapan kali itu kemudian terus memberikan tekanan kepada pendahulu, Fabio Quartararo yang memulakan perlumbaan di petak utama sebelum pelumba Monster Yamaha itu akhirnya dipintas oleh Marquez di sekekoh terakhir pada pusingan pertama.

Marquez tidak lagi menoleh ke belakang dan terus memimpin perlumbaan yang berlangsung sebanyak 13 pusingan itu sebagai juara.

Keputusan di Assen turut menyaksikan kedudukan podium turut diisi pasangan adik beradik apabila Alex Marquez menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Dan pelumba Aprilia Racing, Marco Bezzecchi melengkapkan kedudukan di podium.

Malang buat Quartararo apabila pelumba kelahiran Perancis itu terjatuh di selekoh 10 ketika berbaki empat pusingan dan lebih mengecewakan ketika di posisi ke-4.

Tempat ke-4 diisi pelumba VR46 Ducati, Fabio Di Giannantonio dengan rakan sepasukan Marc, Francesco Bagnaia sekali lagi dipalit kecewa selepas terpaksa berpuas hati di tempat ke-5.

Pelumba terbaik KTM menjadi milik Maverick Vinales (Tech3 KTM) diikuti pelumba 'rookie', Fermin Aldeguer (Gresini Ducati) ke-7 dan Franco Morbidelli (VR46 Ducati) ke-8.

Melengkapkan kedudukan pungutan mata adalah pelumba Red Bull KTM, Pedro Acosta.

Kemenangan menyaksikan Marc Marquez terus mengukuhkan kedudukan di carta pelumba MotoGP 2025 selepas mengumpul 282 mata, kelebihan 43 mata di hadapan Alex (239 mata) diikuti Bagnaia 165 mata.

Keputusan Perlumbaan Sprint GP Belanda 2025

  1. Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), 20m 2.150s

  2. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP24), +0.351s

  3. Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +1.247s

  4. Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +2.269s

  5. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), +2.686s

  6. Maverick Vinales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +4.074s

  7. Fermin Aldeguer (SPA) Gresini Ducati (GP24)*, +9.064s

  8. Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP24), +9.159s

  9. Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +11.069s

  10. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +11.143s

  11. Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), +11.327s

  12. Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), +12.147s

  13. Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +15.290s

  14. Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), +15.899s

  15. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +15.990s

  16. Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)*, +17.554s

  17. Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Factory (RS-GP25), +24.707s

  18. Aleix Espargaro (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), +27.287s

  19. Somkiat Chantra (THA) Idemitsu Honda LCR (RC213V)*, +32.441s

Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), DNF

Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), DNF

Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), DNF