MARC Marquez Takluk Perlumbaan Sprint Di Jerez, 'Taro' Jatuh

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

4/26/20252 min read

MARC Marquez menambah koleksi kemenangannya dalam Perlumbaan Sprint pada musim ini selepas menjuarai saingan di Jerez, Sepanyol ketika pelumba Monster Yamaha, Fabio Quartararo yang memulakan aksi di petak utama terjatuh.

Quartararo tampil dengan prestasi menakjubkan apabila menamatkan deretan petak utama yang diperoleh Marc pada musim ini yang juga petak utama pertamanya sejak 2022.

Pelumba kelahiran Perancis itu pada awal perlumbaan berjaya mempertahankan kedudukan itu tetapi ia tidak menunggu lama sebelum Marquez merampasnya pada selekoh 6 pusingan 2.

Dan pelumba pasukan Ducati Lenovo itu tidak menoleh lagi ke belakang dan menamatkan perlumbaan lebih 1 saat di depan adiknya, Alex Marquez.

Rakan sepasukan Marc, Pecco Bagnaia melengkapkan kedudukan podium.

Kemenangan menyaksikan Marc kini memiliki kelebihan 20 mata di depan Alex dan 31 mata mengatasi Bagnaia.

Buat Quartararo, cabarannya di Jerez berakhir pada selekoh sama Marc memintasnya apabila terjatuh.

Ducati turut menampilkan dominasi penuh pada perlumbaan kali ini apabila keenam-enam jenteranya menghuni kedudukan enam terbaik.

Tempat ke-4 menjadi milik pelumba VR46 Ducati, Franco Morbidelli diikuti pelumba 'rookie' Gresini Ducati, Fermin Aldeguer ke-5 dengan seorang lagi pelumba pasukan 'kuning', Fabio Di Giannantonio ke-6.

Maverick Vinales muncul pelumba bukan Ducati terbaik apabila pelumba Tech3 KTM itu menamatkan perlumbaan di tempat ke-7 diikuti Marco Bezzecchi dari Aprilia ke-8 dan Joan Mir menjadi pelumba Honda terbaik di tempat ke-9.

Ketiadaan Quartararo menyaksikan Alex Rins muncul pelumba terbaik Yamaha apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15.

Selain Quartararo, turut terjatuh adalah pelumba LCR Honda, Johann Zarco dan pelumba Pramac Yamaha, Jack Miller.

Keputusan Perlumbaan Sprint GP Sepanyol 2025

  1. Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), 19m 32.107s

  2. Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24), +1.001s

  3. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), +3.077s

  4. Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP24), +3.530s

  5. Fermin Aldeguer (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24)*, +5.791s

  6. Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +7.691s

  7. Maverick Viñales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +7.849s

  8. Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +10.175s

  9. Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), +10.414s

  10. Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +12.673s

  11. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +13.204s

  12. Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)*, +13.438s

  13. Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +16.572s

  14. Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +17.918s

  15. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +19.963s

  16. Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), +21.690s

  17. Augusto Fernandez (SPA) Pramac Yamaha (YZR-M1), +21.932s

  18. Aleix Espargaro (SPA) Honda Test Team (RC213V), +22.515s

  19. Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Factory (RS-GP25), +30.200s

  20. Somkiat Chantra (THA) Idemitsu Honda LCR (RC213V)*, +30.968s

Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), DNF

Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), DNF

Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), DNF