MARC Marquez Takluk Perlumbaan Sprint Di Mugello
Marc Marquez terus membuktikan kemampuan dimilikinya selepas pelumba Ducati Lenovo itu menjuarai Perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Itali 2025 di sebalik berdepan isu di awal saingan
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/21/20252 min read


PELUMBA Ducati Lenovo, Marc Marquez terus membuktikan kemampuan hebat dimilikinya apabila menjuarai Perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Itali 2025 di sebalik berdepan isu di awal saingan.
Selepas meraih petak utama dengan memecahkan rekod terpantas litar, juara dunia lapan kali itu dijangka akan menampilkan dominasi penuh tetapi ia tidak berlaku di grid permulaan yang menyaksikannya terkeluar daripada kelompok 10 terbaik sebelum selekoh pertama.
Begitupun, pelumba kelahiran Sepanyol itu tidak menunggu lama untuk bangkit dan kembali ke kelompok podium di belakang adiknya, Alex Marquez dan Pecco Bagnaia beberapa pusingan kemudian.
Dan selepas Alex memintas Pecco untuk memimpin perlumbaan, Marc tidak membuang masa untuk memintas rakan sepasukannya itu dan mula menghambat adiknya itu dan berjaya melakukannya ketika berbaki empat pusingan.
Marc tidak lagi menoleh ke belakang selepas itu dan melintasi garisan penamat dengan kelebihan 1.4 saat di depan adiknya yang juga kemenangan ke-8 Perlumbaan Sprint untuknya pada musim ini.
Pelumba Gresini Ducati, Alex terpantas berpuas hati sebagai naib juara dan Bagnaia melengkapkan kedudukan podium.
Begitupun apa yang menyakitkan bagi wira tuan rumah, Bagnaia adalah ini adalah kekalahan pertamanya dalam Perlumbaan Sprint di Mugello sejak format itu diperkenalkan pada 2023 selain menamatkan deretan lima kemenangan di litar berkenaan.
Maverick Vinales dari Tech3 KTM turut meneruskan prestasi baik apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-4.
Pelumba VR46, Fabio Di Giannantonio melepasi garisan penamat di tempat kelima diikuti pelumba terbaik Aprilia, Marco Bezzecchi ke-6 sekalipun jenteranya berdepan sedikit kerosakan susulan 'sentuhan' dengan jentera Pedro Acosta di pusingan pertama.
Seorang lagi pelumba VR46 Ducati, Franco Morbidelli melepasi garisan penamat di tempat ke-7 diikuti pelumba Trackhouse Aprilia, Raul Fernandez dan 'rookie' Fermin Aldeguer (Gresini Ducati) memperoleh mata terakhir.
Situasi mengecewakan sekali lagi melanda pelumba Monster Yamaha, Fabio Quartararo yang bermula sebagai pencabar kedudukan podium sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ke-10.
Keputusan Perlumbaan Sprint GP Itali 2025
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), 19m 31.416s
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP24), +1.441s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), +2.561s
Maverick Viñales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +3.099s
Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP25), +4.139s
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +6.391s
Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP24), +7.631s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), +8.926s
Fermin Aldeguer (SPA) Gresini Ducati (GP24)*, +10.361s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +11.096s
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +11.870s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)*, +12.930s
Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), +13.916s
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), +15.460s
Takaaki Nakagami (JPN) Honda HRC Castrol (RC213V), +17.038s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), +20.031s
Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Factory (RS-GP25), +20.729s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +24.661s
Somkiat Chantra (THA) Idemitsu Honda LCR (RC213V)*, +31.539s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), DNF
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), DNF
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), DNF
