MARC Marquez Terpantas, Jorge Martin Buat Kejutan
Marc Marquez meneruskan dominasinya apabila mencatatkan masa terpantas hari pertama Grand Prix (GP) Republik Czech 2025 di Brno ketika Jorge Martin buat kejutan mara terus ke Q2
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
7/17/20252 min read


PELUMBA Ducati Lenovo, Marc Marquez mencatatkan masa terpantas hari pertama Grand Prix (GP) Republik Czech 2025 di Brno, hari ini sekali mengetuai senarai 10 pelumba melayakkan diri terus ke Kelayakan 2 (Q2), esok.
Juara dunia lapan kali itu melakukan catatan terpantas 2 minit (m) 03.935 saat (s) dengan pelumba Castrol Honda LCR, Johann Zarco mencatatkan masa kedua terpantas (+0.469s) dengan pelumba Monster Yamaha, Fabio Quartararo ketiga terpantas (+0.530s).
Menariknya, pelumba yang membuat kepulangan semula selepas berehat panjang, Jorge Martin turut layak terus ke Q2 selepas melakukan catatan ke-5 terpantas dengan rakan sepasukannya di Aprilia Racing, Marco Bezzecchi keempat terpantas.
Pelumba Pramac Yamaha, Jack Miller turut melayakkan diri terus ke Q2 dengan catatan ke-6 terpantas diikuti Joan Mir (Honda HRC Castrol).
Enea Bastianini muncul pelumba KTM terbaik selepas pelumba pasukan Red Bull KTM Tech3 itu melakukan catatan ke-8.
Alex Marquez (Gresini Ducati) hampir tidak berada dalam senarai berkenaan apabila terjatuh namun berjaya kembali ke paddock untuk menukar jenteranya. Dan percubaan terakhirnya menggunakan jentera gantian berhasil meletakkannya di kedudukan ke-9 terpantas.
Pelumba Red Bull KTM, Pedro Acosta melengkapkan senarai 10 pelumba terus ke Q2.
Menariknya, hanya dua pelumba Ducati berada dalam kedudukan 10 terpantas dengan tiga yang menyaksikan Fermin Aldeguer (Gresini Ducati), Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo) dan Fabio Di Giannantonio (VR46 Ducati) tidak berada dalam senarai itu.
Sebagai rekod, catatan terpantas rasmi di Brno dilakukan oleh Marc Marquez ketika bersama Honda 1m 54.596s pada 2016.
Catatan terpantas Jumaat GP Rep. Czech 2025
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), 2'03.935s
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), +0.469s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +0.530s
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +0.557s
Jorge Martin (SPA) Aprilia Racing (RS-GP25), +0.721s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), +0.781s
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), +0.876s
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +0.943s
Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24), +1.058s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +1.283s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), +1.322s
Fermin Aldeguer (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24)*, +1.370s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), +1.505s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +1.538s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +1.565s
Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +1.692s
Pol Espargaro (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +1.817s
Augusto Fernandez (SPA) Yamaha Factory Racing (YZR-M1), +1.864s
Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), +1.902s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), , +2.373s
Takaaki Nakagami (JPN) Idemitsu Honda LCR (RC213V), +2.547s
Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +2.870s
*Rookies
