MARC Marquez Terus 'Mengganas'
Juara dunia lapan kali, Marc Marquez terus gagal dicabar apabila merangkul kemenangan ke-10 berturut-turut (Sprint dan GP) dengan menjuarai Perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Republik Czech 2025
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
7/20/20252 min read


MARC Marquez mengukuhkan kedudukannya di puncak carta kedudukan pelumba dengan menjuarai perlumbaan ke-10 berturut-turut (Sprint dan GP) selepas menjuarai Perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Republik Czech 2025, hari ini.
Kemenangan berganda di Litar Brno itu juga adalah kemenangan kelima berturut-turut pelumba Ducati Lenovo itu dalam perlumbaan GP sekali gus menjadikannya pelumba Ducati pertama meraih kejayaan berkenaan.
Dan ia juga jelas penamat yang baik buat juara dunia lapan kali itu kerana seperti diketahui, aksi di Brno adalah yang terakhir sebelum kempen MotoGP mengharungi rehat musim panas.
Sekali lagi, tiada dominasi di podium dilakukan oleh Ducati dengan pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi menamatkan perlumbaan selaku naib juara.
Pelumba Red Bull KTM, Pedro Acosta melengkapkan kedudukan podium manakala rakan sepasukan Marquez, Pecco Bagnaia yang memulakan perlumbaan di petak utama menamatkan perlumbaan di tempat ke-4.
Seperti perlumbaan Sprint, Bagnaia memperoleh permulaan yang baik namun kedudukan sebagai pendahulu hanya bertahan sehingga selekoh ketiga apabila ia dipintas Marquez namun merampas kedudukan itu semula.
Malah, Bezzecchi turut memintas Marquez untuk meraih berada di posisi kedua sebelum pelumba Aprilia itu mengambil alih kedudukan pendahulu daripada Bagnaia di pusingan kedua.
Bezzecchi mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu sehingga pusingan ke-8 sebelum dipintas Marquez juga di selekoh 3.
Dan nasib malang Bagnaia berterusan apabila dia dipintas Acosta dan kedudukan itu kekal sehingga garisan penamat.
Raul Fernandez dari Trackhouse Aprilia meraih tempat kelima yang juga kedudukan terbaiknya di MotoGP manakala pelumba Monster Yamaha, Fabio Quartararo keenam dengan rakan sepasukan Bezzecchi, Jorge Martin di tempat ke-7 sekali pun ini adalah perlumbaan pertamanya selepas berehat panjang susulan kecederaan.
Pelumba terbaik Honda adalah Luca Martini di tempat ke-12.
Saingan MotoGP dijadual kembali di Red Bull Ring, Austria pada 15-17 Ogos ini.
Keputusan Perlumbaan MotoGP GP Rep. Czech 2025
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), 40m 4.628s
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +1.753s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +3.366s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), +3.879s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), +10.045s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +11.039s
Jorge Martin (SPA) Aprilia Racing (RS-GP25), +15.820s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +17.371s
Pol Espargaro (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +18.163s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), +18.669s
Fermin Aldeguer (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24)*, +19.781s
Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +20.778s
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), +20.961s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)*, +21.904s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +22.563s
Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +24.729s
Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), +27.640s
Augusto Fernandez (SPA) Yamaha Factory Racing (YZR-M1), +28.310s
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16) DNF
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), DNF
Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24), DNF
* Rookie
