MARC Marquez Terus 'Mengganas', Pecco Terjatuh
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
3/14/20252 min read


MARC Marquez memadam rekod terpantas di Termas de rio Hondo ketika mengungguli hari pertama Grand Prix (GP) Argentina 2025 ketika rakan sepasukannya di Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia mengalami kemalangan.
Sekalipun kali terakhir beraksi di litar berkenaan pada 2019 dan bertukar jentera daripada Honda ke Ducati, ia tidak menghalang juara dunia lapan kali itu daripada mengganas dan mencatatkan masa terpantas kedua-dua sesi.
Malah, Marquez turut mencatatkan rekod terpantas baharu di Termas de rio Honda yang dipegangnya sejak 2014 dengan melakukan 1 minit (m) 37.295 saat (s) sekali gus memadam rekod terdahulu 1m37.683s.
Pelumba VR46 Ducati, Di Giannantonio mencetak nama sebagai pelumba ke-2 terpantas selepas melakukan 1m37.430s dengan Alex Marquez (Gresini Racing) melengkapkan kedudukan tiga terbaik.
Situasi sukar Bagnaia di Thailand nampak berterusan apabila hampir gagal melangkah ke Kelayakan 2 (Q2) secara terus apabila terjatuh di saat akhir dan tidak dapat meneruskan sesi.
Begitupun, catatan yang dilakukan sebelum itu berjaya meletakkannya di kedudukan 10 terpantas dengan kelebihan hanya 0.021s berbanding catatan dilakukan sensasi Trackhouse Aprilia, Ai Ogura.
Turut tidak dapat berada di Q2 secara terus adalah Franco Morbidelli (VR46 Ducati).
Pelumba Aprilia Racing, Marco Bezzecchi meneruskan prestasi memberangsangkan apabila melakukan catatan ke-4 terpantas dikuti pelumba Red Bull KTM, Brad Binder.
Alex Rins menjadi antara pelumba yang mencipta kejutan apabila turut mengesahkan tempat ke kelayakan 2 (Q2) secara terus apabila pelumba Monster Yamaha itu melakukan catatan ke-6 terpantas.
Ia diikuti pelumba terbaik Honda, Johann Zarco (Castrol Honda LCR) dan rakan sepasukan Rins, Fabio Quartararo.
Pedro Acosta yang sebelum ini mendedahkan sudah mengetahui 'punca' mengapa dia terjatuh di Buriram sekali lagi berdepan masalah sama di Argentina tetapi masih berjaya ke Q2 secara terus selepas melakukan catatan ke-9 terpantas.
Berikut catatan terpantas sesi latihan bebas Jumaat GP Argentina 2025
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), 1'37.295s
Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +0.135s
Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24), +0.201s
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +0.215s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +0.251s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +0.296s
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), +0.390sk
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +0.523s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +0.532s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), +0.539s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)*, +0.560s
Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP24), +0.636s
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), +0.680s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), +0.763s
Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +0.841s
Maverick Viñales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +1.020s
Fermin Aldeguer (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24)*, +1.052s
Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), +1.354s
Somkiat Chantra (THA) Idemitsu Honda LCR (RC213V)*, +1.356s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), +1.451s
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +1.490s
Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Factory (RS-GP25), +1.781s
