MARC Marquez Ungguli Perlumbaan Sprint GP Brazil
Kemenangan Sprint di Brazil amat bermakna buat Marc Marquez kerana ia adalah kemenangan pertamanya sejak mengalami kecederaan bahu pada musim lalu, sekali gus membuktikan dia kini kembali ke prestasi terbaik
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
3/22/20262 min read


PELUMBA Ducati Lenovo, Marc Marquez mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk menjuarai perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Brazil 2026 yang penuh drama di Litar Autodromo Internacional Ayrton Senna, awal pagi tadi.
Kemenangan itu amat bermakna buat pelumba Sepanyol itu kerana ia adalah kemenangan pertamanya sejak mengalami kecederaan bahu pada musim lalu, sekali gus membuktikan dia kini kembali ke prestasi terbaik.
Perlumbaan sepanjang 15 pusingan itu bagaimanapun hampir dibatalkan selepas penganjur menemukan 'lubang benam' di laluan lurus utama sejurus tamat sesi kelayakan.
Kerja-kerja pembaikan kecemasan dilakukan serta-merta yang mengakibatkan perlumbaan ditangguhkan selama satu jam 20 minit bagi membolehkan permukaan kering sepenuhnya.
Sebaik perlumbaan bermula pada jam 4.20 petang waktu tempatan, pelumba yang memulakan perlumbaan di petak utama, Fabio di Giannantonio, memacu jenteranya dengan pantas untuk memimpin saingan.
Tetapi Marquez mula merapatkan jurang di pertengahan perlumbaan sebelum mengambil kesempatan atas kesilapan pelumba Itali itu di litar lurus utama untuk merampas kedudukan pertama.
Meskipun Di Giannantonio cuba melakukan serangan balas di pusingan terakhir, Marquez kekal tenang mempertahankan posisinya sehingga ke garisan penamat.
Sementara itu, perebutan tempat ketiga menyaksikan persaingan sengit antara dua pelumba Aprilia yang menyaksikan juara dunia 2024, Jorge Martin akhirnya berjaya memintas juara GP Thailand, Marco Bezzecchi, untuk menduduki tempat ketiga.
Ia adalah podium sulung Martin bersama jentera RS-GP.
Keputusan Perlumbaan Sprint GP Brazil 2026
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo, 19m 41.982s
Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati, +0.213s
Jorge Martin (SPA) Aprilia Racing, +3.587s
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing, +4.061s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia, +4.994s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha, +7.728s
Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati, +8.153s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo, +8.342s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM, +9.096s
Diogo Moreira (BRA) Pro Honda LCR, +10.329s
Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol, +11.106s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia, +14.213s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha, +15.090s
Fermin Aldeguer (SPA) BK8 Gresini Ducati, +15.353s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM, +15.528s
Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati, +21.396s
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3, +22.706s
Toprak Razgatlioglu (TUR) Pramac Yamaha, +23.044s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha, +23.807s
Maverick Viñales (SPA) Red Bull KTM Tech3, DNF
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR, DNF
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol, DNF

