MARCO Bezzecchi Dapat Lampu Hijau Beraksi Di GP Indonesia 20223!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/13/20231 min read

BINTANG VR46 Ducati, Marco Bezzecchi memperoleh khabar lega apabila dibenarkan untuk beraksi di Grand Prix Indonesia 2023 selepas 'lulus' ujian ketika Sesi Ujian Bebas 1 (FP1) , hari ini.

Pelumba muda Itali itu diragui mampu beraksi di Mandalika selepas mengalami kecederaan retak tulang selangka ketika menjalani latihan, minggu lalu yang memerlukan pembedahan.

Begitupun, selepas mengharungi sesi FP1 yang berlangsung selama 45 minit, pelumba yang turut menjadi pencabar kejuaraan dunia MotoGP 2023 itu diberi 'Lampu Hijau' untuk mengharungi keseluruhan minggu.

Dan menariknya, Bezzecchi turut terjatuh ketika sesi FP1 namun tidak mendatangkan sebarang kecederaan dan menamatkan sesi sebagai pelumba yang mencatat masa kelima terpantas.

Terpantas di FP1 adalah seorang lagi pelumba satelit Ducati namun menggunakan jentera 'Factory', Jorge Martin.

Sekalipun menggunakan jentera yang setahun lebih tua, Bezzecchi ketika ini hanya dibezakan 54 mata dengan pendahulu kejuaraan dunia, Francesco Bagnaia.

Dia ketika ini menghuni tangga ketiga keseluruhan dan ketinggalan 51 mata di belakang Martin.

Turut membuat 'Comeback' di Mandalika susupan kecederaan adalah rakan sepasukan Bezzecchi, Luca Marini, pelumba LCR Honda, Alex Rins, Enea Bastianini (Lenovo Ducati) dan Alex Marquez (Gresini Ducati) yang menyaksikan kesemua 22 pelumba kembali di grid selepas aksi pembukaan di Portugal.