MARCO Bezzecchi Rangkul Petak Utama Di Mandalika
Mengikuti pelumba Aprilia Racing, Marco Bezzecchi di barisan depan Grand Prix (GP) Indonesia 2025 adalah pelumba rookie MotoGP, Aldeguer (Gresini Ducati) dan seorang lagi pelumba Aprilia, Raul Fernandez (Trackhouse Aprilia)
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
10/4/20252 min read


MARCO Bezzecchi terus membuktikan keunggulannya bersama jentera Aprilia Racing apabila mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan Grand Prix (GP) Indonesia 2025, sekali gus meraih petak utama di Litar Mandalika.
Pelumba Itali itu mencatat masa terpantas 1 minit 28.832 saat dengan pelumba Gresini Ducati, Fermin Aldeguer (Gresini Ducati) ketinggalan 0.398s untuk petak kedua.
Ini adalah pencapaian terbaik buat Aldeguer yang juga pelumba rookie setakat ini.
Turut mencipta kejutan adalah Raul Fernandez (Trackhouse Aprilia) yang melengkapkan barisan hadapan selepas melakukan catatan ketiga terpantas dan menjadikan dua jentera Aprilia berada di barisan hadapan.
Alex Rins pula mencatat kelayakan terbaiknya bersama Yamaha dengan mengetuai barisan kedua meskipun mengalami kemalangan lewat sesi.
Pelumba Sepanyol itu akan memulakan perlumbaan dari barisan kedua bersama Pedro Acosta (Red Bull KTM) dan Luca Marini (Honda HRC Castrol).
Sesi kelayakan turut menyaksikan beberapa insiden melibatkan Alex Marquez dan Fabio Quartararo yang masing-masing terjatuh, namun masih berjaya menempatkan diri di kedudukan ketujuh dan kelapan.
Juara dunia MotoGP yang baru dinobatkan, Marc Marquez, terpaksa melalui sesi Kelayakan 1 dan menamatkan Kelayakan 2 di petak kesembilan.
Lebih malang buat rakan sepasukannya di Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia yang sekadar di tempat ke-16 selepas gagal menyaingi rentak di Mandalika.
Marquez kini memerlukan dua kemenangan daripada baki lima perlumbaan untuk memecahkan rekod peribadi 13 kemenangan semusim yang dicatat pada 2014.
Tetapi Mandalika kekal sebagai antara litar yang belum pernah dimenanginya, malah bekas pelumba Repsol Honda itu belum pernah menamatkan perlumbaan Grand Prix di sini dalam tiga kunjungan terdahulu.
Satu-satunya keputusan positif Marquez di Indonesia ialah tempat ketiga dalam perlumbaan Sprint tahun lalu ketika bersama Gresini.
Dalam perebutan tempat kedua keseluruhan, Alex Marquez kini semakin kukuh selepas kemenangan berganda di Motegi, meninggalkan Bagnaia dengan jurang 66 mata.
Keputusan Kelayakan MotoGP Indonesia 2025
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing, 1'28.832s
Fermin Aldeguer (SPA) BK8 Gresini Ducati, +0.398s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia, +0.452s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha, +0.504s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM, +0.511s
Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol, +0.681s
Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati, +0.909s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha, +0.939s
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo, +0.941s
Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha, +1.019s
Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati, +1.052s
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol, +1.127s
Franco Morbidelli
Jack Miller
Brad Binder
Francesco Bagnaia
Enea Bastianini
Johann Zarco
Somkiat Chantra
Maverick Vinales
