MARCO Bezzecchi Takluk MotoGP GP India 2023, Quartararo Bawa Yamaha Naik Podium!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

9/24/20232 min read

SELEPAS mengharungi sesi latihan dan kelayakan yang cukup mengagumkan di Litar Buddh, Marco Bezzecchi seperti dijangka menjuarai perlumbaan MotoGP yang pertama kali dianjurkan di India.

Sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-5 pada Perlumbaan Sprint pada Sabtu, pelumba pasukan satelit Ducati, Mooney VR46 itu tampak lebih berhati-hati pada perlumbaan utama.

Dilihat cukup 'serasi' dengan Buddh, Bezzecchi yang memulakan perlumbaan di petak utama begitupun enggan kemenangan terlepas daripadanya dan sekalipun terlepas kedudukan pendahulu di awal saingan, pelumba kelahiran Itali tidak lagi menoleh ke belakang selepas memperoleh peluangnya.

Dan tugasnya menjadi lebih mudah apabila pencabar utamanya, yang juga penyandang juara dunia MotoGP, Francesco Bagnaia mengalami kemalangan manakala Jorge Martin tampak seperti bergelut.

Tanpa dicabar, Bezzecchi akhirnya melepasi garisan penamat dengan catatan cukup menggumkan, lebih 8 saat di depan pemenang tempat kedua, Martin yang turut bergelut untuk menghalang pelumba Yamaha, Fabio Quartarato untuk memintasnya.

Meskipun berjaya memberi tekanan kepada Martin, Quarataro jelas tidak mampu untuk menghalang pelumba yang menggunakan jentera 'Factory' itu dan terpaksa berpuas hati di tangga ketiga.

Buat Quartararo, kedudukan tempat ketiga di India menyamai pencapaian terbaiknya musim ini di Amerika Syarikat pada April lalu.

Buat Bagnaia, keputusan di India menyaksikan kedudukannya selaku pendahulu kejuaraan semakini goyah.

Berbaki tujuh pusingan perlumbaan, Bagnaia ketika ini mengumpul 292 mata diikuti Martin 279 mata dan Bezzecchi ketiga dengan 248 mata.

Perlumbaan pusingan berikutnya dijadual di GP Jepun, minggu depan.

Keputusan Perlumbaan MotoGP GP India 2023

1. Marco Bezzecchi (ITA) Mooney VR46 Ducati (GP22), 36 minit 59.157 saat (s)

2. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP23), +8.649s

3. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +8.855s

4. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +12.643s

5. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +13.214s

6. Johann Zarco (FRA) Pramac Ducati (GP23), +14.673s

7. Franco Morbidelli (ITA) Monster Yamaha (YZR-M1), +16.946s

8. Maverick Viñales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), +17.191s

9. Marc Marquez (SPA) Repsol Honda (RC213V), +19.118s

10. Raul Fernandez (SPA RNF Aprilia (RS-GP22), +26.504s

11. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +28.521s

12. Miguel Oliveira (POR) RNF Aprilia (RS-GP22), +29.088s

13. Pol Espargaro (SPA) Tech3 GASGAS (RC16), +29.728s

14. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +31.324s

15. Stefan Bradl (GER) LCR Honda (RC213V), +35.782s

16. Michele Pirro (ITA) Ducati Lenovo (GP23), +49.242s

Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Ducati (GP22), DNF

Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP23), DNF

Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP23), DNF

Augusto Fernandez (SPA) Tech3 GASGAS (RC16)*, DNF