MARCO Bezzecchi Tawan Mugello, Aprilia Catat Kemenangan 1-2

Kemenangan di Mugello juga adalah kemenangan ke-4 Perlumbaan GP Marco Bezzecchi pada musim ini dan menariknya, kemenangan 1-2 ke-4 buat Aprilia dalam kempen MotoGP musim 2026

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

5/31/20261 min read

JAGUH Aprilia, Marco Bezzecchi mempamerkan tunggangan berkualiti tinggi untuk menjuarai perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Itali di litar Mugello dengan kejayaan menghadiahkan kemenangan 1-2 keempat buat Aprilia bagi kempen MotoGP musim 2026.

Kemenangan di Mugello juga adalah kemenangan ke-4 Bezzecchi pada musim ini dengan rakan sepasukannya, Jorge Martin di tempat ke-2.

Pelumba Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia terpaksa berpuas hati di tempat ketiga selepas prestasinya mengendur pada penghujung saingan.

Berbeza dengan perlumbaan Sprint, Bezzecchi yang bermula di barisan depan berjaya mengekalkan kedudukannya pada selekoh pertama namun ia tidak bertahan lama apabila pada pusingan ke-3, kedudukan itu dirampas Bagnaia.

Tetapi tekanan demi tekanan yang diberikan Bezzecchi ke atas Bagnaia akhirnya membuahkan hasil selepas bekas pelumba VR46 Ducati itu berjaya meraih semula kedudukan pendahulu pada pusingan ke-14 sebelum mula menjarakkan diri.

Pelumba Jepun, Ai Ogura turut mencuri tumpuan apabila berjaya mengejar sehingga berjaya berada di belakang Bagnaia namun cubaannya untuk merampas kedudukan tidak kesampaian dan terpantas berpuas hati di tempat ke-4.

Fabio di Giannantonio (VR46 Ducati) meraih tempat ke-5 manakala Pedro Acosta (Red Bull KTM) ke-6 dan Marquez yang pada satu ketika berada di kedudukan ke-4 terpantas berpuas hati di tempat ke-7.