MARCO Bezzecchi Terus Momentum

Selepas menguasai Sesi Latihan Bebas 1, pelumba Aprilia Racing Marco Bezzecchi terus garang apabila melakukan catatan terpantas pada Sesi Latihan yang turut memecahkan rekod sepusingan terpantas di Litar Buriram

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/27/20262 min read

BINTANG MotoGP Aprilia Racing, Marco Bezzecchi mengetuai senarai 10 pelumba layak terus ke Kelayakan 2 (Q2) selepas mencatatkan masa terpantas pada hari pembukaan Grand Prix (GP) Thailand 2026, hari ini.

Selepas menguasai Sesi Latihan Bebas 1, pelumba Itali itu terus garang apabila melakukan catatan 1 minit (m) 28.526 saat pada Sesi Latihan yang turut memecahkan rekod sepusingan terpantas di Litar Buriram.

Keputusan itu menyaksikan penyandang juara, Marc Marquez dari Ducati Lenovo terpaksa berpuas hati menghuni catatan ke-2 terpantas, ketinggalan 0.421s.

Pelumba VR46 Ducati, Fabio Di Giannantonio mengekalkan prestasi positif apabila mencatatkan masa ke-3 terpantas.

Melakukan catatan ke-4 terpantas adalah pelumba Red Bull KTM, Pedro Acosta dengan rakan sepasukan Bezzecchi, Jorge Martin turut mencipta kejutan apabila melakukan catatan ke-5 terpantas.

Naib juara MotoGP musim lalu, Alex Marquez dari Gresini Ducati melakukan catatan ke-6 terpantas dengan Joan Mir dari Honda HRC muncul pengeluar Jepun paling laju dengan catatan ke-7 terpantas.

Brad Binder (Red Bull KTM) turut meletakkan diri dalam kelompok 10 terbaik dengan catatan ke-8 terpantas diikuti Ai Ogura (Trackhouse Aprilia) ke-9 dan Johann Zarco (Castrol Honda LCR) melengkapkan kedudukan 10 terbaik.

Yamaha terus bergelut apabila tiada pelumba pengeluar Jepun itu di kedudukan 10 terbaik dengan pelumba terbaiknya adalah Fabio Quartararo (Monster Yamaha) yang melakukan catatan ke-16 terpantas, ketinggalan 1.358s di belakang Bezzecchi.

Turut terpaksa mengharungi Q1 adalah rakan sepasukan Marc, Pecco Bagnaia yang sekadar melakukan catatan ke-15 terpantas dengan pelumba 'rookie' terbaik adalah Diogo Moreira (LCR Honda) di kedudukan ke-18 terpantas.

Keputusan Sesi Latihan MotoGP GP Thailand 2026

  1. Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP26), 1'28.526s

  2. Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP26), +0.421s

  3. Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP26), +0.484s

  4. Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +0.659s

  5. Jorge Martin (SPA) Aprilia Racing (RS-GP26), +0.703s

  6. Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP26), +0.850s

  7. Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), +0.991s

  8. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +1.006s

  9. Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP26), +1.053s

  10. Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), +1.064s

  11. Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +1.088s

  12. Maverick Viñales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +1.097s

  13. Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +1.116s

  14. Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP26), +1.140s

  15. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP26), +1.298s

  16. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +1.358s

  17. Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +1.504s

  18. Diogo Moreira (BRA) Pro Honda LCR (RC213V)*, +1.575s

  19. Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), +1.608s

  20. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +1.776s

  21. Toprak Razgatlioglu (TUR) Pramac Yamaha (YZR-M1)*, +1.839s

  22. Michele Pirro (ITA) BK8 Gresini Ducati (GP25), +2.911s