MARSHAL Toughman 800 (2026) Rasmi Di Malaysia, Enjin V-Twin, RM 38.8k!

Kepada yang tidak tahu, Marshal Moto adalah jenama motosikal dari China dan antara produk 'laku keras' mereka adalah model dalam segmen kruiser termasuk Marshal Toughman 800

PELANCARAN

9/12/20261 min read

MARSHAL Moto secara rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan mempertaruhkan 2 model termasuk kruiser aras tinggi Marshal Toughman 800 (2026) yang diumumkan pada harga jualan asas RM 38,800.

Kepada yang tidak tahu, Marshal Moto adalah jenama motosikal dari China dan antara produk 'laku keras' mereka adalah model dalam segmen kruiser.

Untuk pasaran tempatan, Marshal Toughman 800 ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Cobalt Blue dan Pearl Black serta hadir dengan status pemasangan tempatan (CKD).

Tampil dengan rekaan tipikal kruiser yang boleh dikatakan 'sedap' mata memandang, Marshal Toughman 800 dipadankan dengan enjin bersesaran 799 cc, 2 Silinter V-Twin, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api bersama transmisi 6 kelajuan klac manual.

Menggunakan sistem pacuan jenis tali sawat, kuasa yang dihamburkan adalah 47 Hp pada 6,500 rpm bersama tork 61.9 Nm pada 5,500 rpm.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang).

Brek pula dijana cakera tunggal dengan kaliper 4 Piston (depan) dan cakera tunggal (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 saluran.

Info

  • Panel meter digital LCD

  • Port USB Type-A

  • Lampu LED

  • Set roda 130/70-19 (depan),

  • 240/45-17 (belakang)

  • Tinggi pelana 695 mm

  • Tangki petrol 13 liter

  • Berat 256 kg