MASIH Setengah Langkah Di Belakang Marc - Alex Marquez
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
5/3/20251 min read


ALEX Marquez di sebalik mencipta sejarah peribadi memenangi perlumbaan sulungnya di MotoGP di Grand Prix Sepanyol 2025 mengakui masih ada jurang di antara dia dan abangnya, Marc Marquez.
Kemenangan di Jerez bukan saja menyaksikan Alex merangkul kemenangan pertamanya, namun pelumba Gresini Ducati itu turut merampas kedudukan pendahulu carta MotoGP daripada Marc dengan kelebihan satu mata.
Tetapi pada ujian post-musim di Jerez, sehari selepas perlumbaan, Alex menamatkan sesi dengan melakukan catatan ke-11 terpantas dengan Marc melakukan catatan terpantas.
"Ia Ahad yang sempurna kepada kami, kemenangan pertama, mengambil alih carta pendahulu," kata Alex memetik laporan Crash.net.
"Tetapi kami tahu yang kami mungkin, tidak satu langkah, tetapi setengah langkah di belakang Marc.
"Tetapi Marc masih lagi kuat dan masih boleh mengambil perkara sedikit lebih ringan berbanding kami.
Menuju GP Perancis, minggu depan, Alex mengakui ia bukan yang secara tradisi memiliki kelebihan kepadanya.
"Jerez dan Le Mans adalah dua litar yang secara sejarahnya saya tidak begitu bagus," kata Alex.
"Tetapi saya menang di Jerez, jadi kita lihat jika ia boleh berlaku lagi di Le Mans. Kemudian selepas itu, ada litar seperti Silverstone, Mugello, Aragon di mana saya laju.
"Jadi kita lihat sama ada kami dapat merapatkan jurang dengan Marc di Le Mans, kemudian pergi ke perlumbaan demi perlumbaan."
