MASSIMO Rivola Percaya Aprilia Mampu Hentikan Dominasi Ducati, Marc Marquez Musim Depan
Aprilia percata dominasi Ducati dan pelumba bintangnya, Marc Marquez dalam kempen MotoGP pada musim depan mampu dipecahkan oleh gabungan dua pelumbanya, Marco Bezzecchi dan Jorge Martin
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
10/14/20251 min read


BOS Aprilia, Massimo Rivola tidak berselindung dan yakin pasukannya mampu mencabar dominasi Ducati dan pelumba bintangnya, Marc Marquez.
Dan ia dikatakan mampu dilaksanakan menerusi gabungan dua pelumba bintangnya, Marco Bezzecchi dan Jorge Martin.
"Saya tidak saya, saya seorang yang optimistik. Dengan dua pelumba yang kami ada, saya menjangkakan untuk kami bersaing merebut podium pada setiap hari Ahad. Dan saya ulang, kami boleh mengalahkan Marc Marquez..."
Kata-kata Rivola itu, memetik laporan Crash bukan sekadar peningkat semangat, tetapi satu penegasan yang Aprilia kini berada di ambang era baru termasuk peningkatan prestasi jentera Aprilia RS-GP.
Menjelang Grand Prix Australia hujung minggu ini, Rivola mengesahkan Bezzecchi akan kembali beraksi selepas insiden ngeri di Mandalika bersama Marquez.
Tetapi, pasukan itu masih menunggu keputusan penalti rasmi sama ada pelumba kelahiran Itali itu berdepan hukuman daripada pengelola perlumbaan atau tidak.
Begitupun, penampilan Martin masih belum pasti susulan kecederaan yang dihadapi juara dunia MotoGP 2024 itu di Jepun.
Dan jika dia tidak ada, tiga pelumba yang mengisi barisan depan di Phillip Island pada musim lalu Martin, Marquez dan Vinales tidak beraksi pada edisi GP Australia kali ini.

