MAVERICK Vinales, Aprilia 'Garang' Di COTA, Rangkul Petak Utama GP Amerika Syarikat 2024
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
4/13/20242 min read


APRILIA terus membuktikan kemampuan jentera RS-GP untuk mencabar Ducati dalam kempen MotoGP apabila pelumbanya, Maverick Vinales menguasai sesi kelayakan Grand Prix (GP) Amerika Syarikat 2024 di COTA, hari ini.
Pemenang Perlumbaan Sprint GP Portugal 2024 itu melakukan catatan terpantas 2'0.864 saat (s) yang juga rekod baharu di COTA untuk merangkul petak pertamanya musim ini.
Apa yang menarik, keputusan pada sesi kelayakan itu turut menamatkan dominasi Ducati yang sebelum ini meraih petak utama pada aksi pembuka tirai di Qatar dan Portugal.
Mengikuti Vinales di barisan depan adalah pelumba 'Rookie' sensasi MotoGP, Pedro Acosta (Red Bull GasGas Tech3).
Turut menarik adalah pelumba terbaik Ducati ketika kelayakan tidak menunggang jentera Ducati spesifikasi terkini, namun menggunakan GP23 menerusi 'pakar' COTA, Marc Marquez yang juga pelumba pasukan satelit Gresini Ducati.
Begitupun, trio Ducati yang menggunakan jentera 'Factory' mengisi barisan kedua diketuai Francesco Bagnaia, Enea Bastianini dari Ducati Lenovo dan Jorge Martin (Pramac Ducati).
Rakan sepasukan Vinales, Aleix Espargaro yang juga pelumba tertua di grid MotoGP ketika ini mengisi petak ke-7 diikuti pelumba VR46 Ducati, Fabio Di Giannantonio.
Bekas pelumba Yamaha, Franco Morbidelli yang kini bersama Pramac Ducati mengisi petak ke-9 diikuti Marco Bezzecchi (VR46 Ducati).
Tiada jentera daripada pengeluar Jepun di petak ke-10 terbaik dengan pelumba terbaik Yamaha adalah pemenang musim lalu, Alex Rins di petak ke-13 manakala Fabio Quartararo di petak ke-14.
Keempat-empat pelumba Honda mengisi empat petak tercorot dengan petak terakhir diisi adik kepada legenda MotoGP valentino Rossi iaitu Luca Marini.
Keputusan sesi kelayakan GP Amerika Syarikat 2024
Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), 2'0.864s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)*, +0.328s
Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +0.402s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +0.488s
Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +0.575s
Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), +0.647s
Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +0.698s
Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23), +0.803s
Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24), +0.873s
Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), +1.415s
Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +1.433s
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), 2'01.553s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), 2'1.726s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), 2'1.844s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), 2'1.893s
Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), 2'2.089s
Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), 2'2.14s
Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), 2'2.223s
Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), 2'2.38s
Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), 2'2.829s
