MAVERICK Vinales, seperti pelumba kelahiran Sepanyol jelas terkesan dengan bencana yang melanda Valencia, baru-baru ini.
Justeru sebagai tanda soladiriti, pelumba Aprilia Racing itu membuat keputusan mendermakan jentera Moto3 KTM RC250GP miliknya yang menjuarai gelaran dunia kelas berkenaan pada 2013 kepada pusat lelongan amal bagi membantu mangsa yang terjejas.
Jentera itu jelas sesuatu yang cukup berharga buat Vinales kerana ia adalah satu-satunya jentera yang memberinya kejuaraan dunia setakat ini.
"Atas sebab kemanusiaan. Jika kami tidak membantu satu sama lain, siapa yang akan membantu kami?," kata Vinales.
"Sudah beberapa tahun saya cuba untuk tidak hidup dalam cara materialistik, cuba untuk menjalani kehidupan berpandukan kepada perasaan.
"Dan entah bagaimana saya merasa Ok, sudah tentu saya mempunyai perasaan yang istimewa dengan jentera itu, kerana saya memenangi gelaran dunia dengannya dan ia sentiasa istimewa.
"Tetapi mereka turut memerlukan bantuan. Beberapa rakan saya sudah berada di Valencia untuk memberi bantuan, bekerja keras dan mereka berkata situasinya amat-amat buruk.
"Jadi, apa saja bantuan adalah bagus. Dan jika ada peminat mahu membantu saya dengan membeli jentera ini dengan duit yang bagus, saya lebih daripada gembira yang duit itu akan ditujukan kepada mereka yang memerlukan."
Vinales yang menjadi satu-satunya pelumba yang 'merosakkan' kempen cemerlang Ducati musim ini akan meninggalkan Aprilia sejurus musim ini berlangsung untuk menyertai pasukan KTM Tech3.